MAHU KE MANA SELEPAS TAMAT SPM....

Sebahagian calon SPM 2009 telahpun menamatkan peperiksaan mereka . Kepada yang berjaya menamatkannya sehingga ke hari terakhir, syabas diucapkan. Kepada yang tidak sempat menamatkannya disebabkan masalah kesihatan atau penyakit, diharapkan bersabar! Kepada yang tidak menamatkan SPM disebabkan 'kesilapan diri' sendiri seperti ponteng, tidak hadir atau sudah berhenti sekolah, ini sudah pastilah suatu yang amat malang!

Apa yang menjadi persolan sekarang ialah , ke mana haluab pelajar ini selepas SPM tamat!. Antara kebiasaan yang berlaku ialah:

1. Bekerja- Kebanyakannya bekerja untuk mencari pengalaman dan berhasrat untuk 'memegang duit hasil titik peluh sendiri' atau untuk tujuan menyimpan wang kerana mungkin ada 'projek' yang dirangcang. Ini suatu yang baik. Sekurang-kurangnya terisi masa dengan kerja yang berfaedah, mendapat pengalaman dan tahu betapa 'peritnya' mencari rezeki! Kalau selama ini ramai yang kerjanya 'menadah tangan' meminta wang daripada ibu bapa, sekurang=kurangnya kini mereka tahu harga dan nilai wang! Apatah lagi jika gaji yang diperolehi itu sedikit dan keperluannya besar dan banyak!

2. Berehat sambil membantu keluarga di rumah- Ini suatu yang amat baik dan wajar dilakukan oleh bekas calon SPM. S elepas beberapa tahun belajar dan setelah banyak tenaga dan masa digunakan oleh ibubapa untuk memastikan mereka berjaya dalam pelajaran, sampailah masanya mereka membantu ibubapa dengan kerja-kerja di rumah. Sekurang-kurangnya mengajar adik-adik lain untuk persiapan menghadapi peperiksaan.

3. Belajar dan mendapatkan kemahiran tambahan. Ini juga suatu yang amat baik. Pelajar perlu ingat pada zaman ini, pelajar bukan sahaja perlu mempunyai kelayakan akademik yang tinggi , tetapi juga perlu ada kemampuan dan kebolehan tambahan. Kemahiran ini juga berguna apabila mereka berjaya menyambung pelajaran selepas keputusan SPM keluar. Kemahiran komputer,kemahiran bahasa kedua, ketiga dan sebagainya amat penting.

4. Namun, pelajar juga boleh menyumbangkan tenaga mereka kepada sekolah dan beberapa bidang tertentu. Ini sudah pastilah akan menimbulkan beberapa perbahasan di kalangan bekas pelajar ini. Namun ia suatu yang amat baik untuk difikirkan. Ada di kalangan bekas pelajar ini yang mempunyai kemahiran. Ada yang mahir Al Quran boleh membantu sekolah dalam program-program berkaitan. Bekas atlet sekolah , mungkin boleh membantu melatih rakan-rakan di sekolah. Pelajar yang bagus akademik , mungkin boleh menjadi rakan rujuk mata pelajaran atau mentor kepada pelajar yang lemah. Banyak lagi yang mereka boleh bantu .

Mungkin ramai pelajar yang boleh membantu sekolah dalam pelbagai perkara.

Sekurang-kurangnya ini dapat membalas jasa sekolah yang telah membentuk pelajar menjadi orang yang berjaya

Malaysia Sentiasa Sukar.....



KETUA pasukan bola sepak negara, Aidil Zafuan Abd Razak (dua dari kiri) bersama rakan membantah tindakan pengadil perlawanan Kim Jong Hyeok (kiri) mengarahkan pemain negara Zaquan Abd Razak meninggalkan padang selepas melayangkan dua kad kuning pada separuh masa kedua Malaysia bertemu Vietnam di National Stadium, semalam. Vietnam menang 3-1.

Berita di atas saya petik daripada Berita Harian, 7 Disember 2009. Tajuk asalnya berbunyi, 'Malaysia Semakin Sukar'., tetapi saya menukarnya dengan tajuk 'Malaysia Sentiasa Sukar...'

Sukar kita mendengar pasukan bolasepak Malaysia ini berasa selesa dan yakin dalam setiap perlawanan yang dihadapinya. Bermula sebelum tiba di Laos, Malaysia tewas dengan Maldives 1-0. Jurulatih meletakkan target asalkan dapat masuk separuh akhir manakala pemain pula lebih berselera yakin untuk sampai ke peringkat akhir! Penerbangan dengan pesawat tentera ke Vietnam terpaksa ditunda kerana tiada kebenaran mendarat..Malaysia menunjukkan kegahirahan untuk membuktikan kehebatan kemudiannya membelasah Timor Leste dengan 11-0. Keyakinan mereka untuk mengalahkan Vietnam tampak semakin nyata apabila Vietnam hanya mampu mengalahkan Timor Leste sekadar 4-0 selepas itu. Apa yang nyata, tektik Vietnam lebih berkesan . Mereka menyimpan tenaga dengan fokus untuk mengalahkan Malaysia daripada membelasah Timor Leste dengan jumlah gol yang lebih banyak daripada apa yang dilakukan oleh Malaysia.
Akibatnya, ketika melawan Malaysia mereka ternyata lebih cergas berbanding Malaysia yang tampak sudak 'lembik'. Apakah pengurusan pasukan sudah tersalah taktik! Pada saya , terpulanglah kepada semua untuk memikirkannya..Malaysia memang selalu sangat berkadaan begitu..

Namun apa yang saya pelik lagi ialah sikap dan tahap disiplin pemain kita yang berlagak hebat tetapi hakikatnya 'habuk pun tak ada!..Apabila sudah kalah , sasaran paling baik ialah menyalahkan pengadil..Mungkin inilah kesan daripada didikan yang diberikan oleh pengurusan pasukan di dalam liga Malaysia yang kerapkali menyalahkan pengadil apabila kalah! Bukan suatu yang janggal bagi pengurusan pasukan dalam liga Malaysia meyalahkan pengadil! Berapa banyak insiden menyerang pengadil yang berlaku dalam Liga Malaysia. Benar, ada tidakan dilakukan FAM, tetapi sekadar melepaskan batuk di tangga! Buktinya seperti kes melibatkan Halim Napi. Perangai ini terbawa-bawa apabila pasukan kita bermain di luar negara.

Satu persoalan yang saya ingin nyatakan , berapa ramai pemain kita di Malaysia ini yang benar-benar tahu akan undang-undang permainan! Tidak ramai! malah ada pemain yang telah sampai ke tahap pemain kebangsaan pun , tidak arif dalam undang-undang permainan bolasepak yang mudah seperti kesalahan yang melibatkan tendangan percuma terus dan tendangan percuma tidak terus! Jadi, apa yang saya nak sampaikan ialah, janganlah pemain kita berlagak macam hebat sangat tahu undang-undang... main bola bolehlah katakan pandai...undang-undang belum tahu lagi..

Seperkara lagi ialah mengenai tahap disiplin pemain dan apakah tindakan yang bakal diambil oleh FAM. Tindakan yang keras mesti diambil oleh FAM untuk memastikan pemain kita benar-benar fokus dan sedar tugas dan tanggungjawab mereka. Mereka juga perlu disedarkan bahawa, bermain bola adalah periuk nasi mereka dan tanpa bolasepak mereka belum tentu ke mana hidup mereka berbanding kelayakan akademik mereka! Oleh itu, mereka perlu menjaga disiplin mereka. Seperti di Eropah, denda bagi kesalahan menyerang pengadil ini , walau apapun sebabnya, adalah suatu yang amat berat dan dihukum dengan hukuman yang berat. Pemain ini bukan sahaja didenda oleh FIFA atau persatuan Bolasepak mereka tetapi turut didenda oleh pasukan kelab mereka sendiri.

Kita percaya dengan belanja dan peruntukan yang besar bagi membangunkan bolasepak negara, kita sudah pasti tidak mahu melihat pemain yang garang menyeranag pengadil di tengah padang tetapi 'lembik' bila bertarung kemahiran dengan pasukan yang serba kekurangan tetapi punyai semangat tinggi...pemain yang sedar tanggungjawab mereka kepada negara mereka dan sedar diri siapa mereka...



BOLASEPAK MALAYSIA...

Pertama sekali saya memohon maaf kerana memang agak kritis apabila bercakap tentang bolasepak dan sukan di Malaysia. Apabila membaca berita peluang Malaysia ke Sukan Asia tertutup, saya puas berfikir , apalagi yang sepatutnya FAM lakukan untuk meningkatkan mutu bolasepak di Malaysia. Tajuk akhbar yang saya baca menyatakan, " peluang kita ke Piala Asia tertutup!" diikuti pula dengan , "kita akan tunjuk kemampuan di Sukan SEA".

Saya telah mengikuti perkembangan bolasepak Malaysia ini sejak sekian lama. Ada beberapa perkara yang mungkin nampak kecil pada pandangan FAM tetapi wajar difikirkan! Antaranya:

1. Target sasaran yang diletakkan oleh setiap jurulatih kita adalah terlalu rendah. Kita masih meletakkan target sekadar 'mencari pengalaman', dapat masuk suku akhir ", dan sebagainya yang memperlihatkan target yang rendah. Sedangkan negara lain bercita-cita meletakkan sasaran menang pingat, kita sekadar 'mencari pengalaman!' Secara psikologinya, ini akan mengundang usaha dan komitmen yang rendah daripada setiap pemain dan jurulatih! Malaysia sepatutnya sudah berada jauh di depan berbanding negara-negara serantau. Kita sudah terlalu jauh ketinggalan sedangkan FAM sekadar berpuas hati dan mensasarkan pencapaian di tahap rendah!

2. Para pegawai dan jurulatih juga harus lebih komited dan bertanggungjawab dengan target yang disasarkan. Jika tidak mampu mencapainya, pegawai atau jurulatih harus berani bertanggungjawab dan meletak jawatan. Di Malaysia nampaknya orang kurang mahu bertanggungjawab. Biarlah berpuluh kali gagal, tetapi muka yang sama masih memegang jawatan tersebut tanpa rasa bersalah! Lihat komitmen jurulatih di Eropah yang berani meletak jawatan atau dipecat jika gagal dalam misi mereka. Mungkin FAM kena memilih jurulatih yang bermotivasi lebih tinggi dan berani meletakkan target yang tinggi untuk bolasepak Malaysia bergerak lebih pantas dan ke depan.

3. Liga bolasepak Malaysia juga perlu diberikan nafas dan wajah baru agar tidak terus kehilangan penonton. Perlu diakui liga Malaysia semakin tidak menarik, hambar dan hilang kualiti! Perubahan yang drastik dan lebih berani perlu dilakukan oleh FAM dan pengurusan bolasepak negeri untuk mengembalikan mutu bolasepak kita. Pemain import yang berkualiti perlu dibawa masuk semula untuk membolehkan pemain kita mendapat pengalaman bermain dengan corak permainan luar negara dan belajar teknik permainan profesional.

4. Aspek pemakanan pemain dan diet juga perlu diberikan perhatian agar pemain kita mempunyai kekuatan fizikal dan saiz yang boleh menandingi pemain luar negara. Saiz pemain kita pada hakikatnya semakin mengecil berbanding pemain lain di rantau ini! Pemain perlu dididik tentang aspek pemakanan dan bukannya lokek dengan wang gaji puluhan ribu sehinggakan aspek pemakanan diabaikan! FAM mungkin boleh buat kajian mengenai saiz pemain kita berbanding Korea, Jepun , Singapura hatta Vietnam.

5. Saya juga melihat antara punca kemerosotan bolasepak kita adalah berpunca daripada sistem pertandingan di peringkat sekolah lagi. Lihatlah bagaimana teruknya sistem kalah mati dan berpusat yang dijalankan di kebanyakan daerah atau negeri bagi pertandingan yang melibatkan sekolah-sekolah. Pelajar hanya berlatih sekadar 2 minggu dan bermain untuk 3 hari dalam setahun. Selepas kalah, mereka akan mula berlatih semula pada tahun hadapannya. Bermakna dalam setahun, hanya 2 minggu sahaja pelajar bermain! Benar kita ada sekolah sukan, akademi bolasepak dan sebagai, tetapi soalnya berapa kerat pemain yang dapat memasuki pusat-pusat sebegitu! Kesannya kita amat kekurangan pemain di peringkat kebangsaan. Kita kekurangan pelapis.

Banyak lagi penyakit bolasepak Malaysia ini. Soalnya adakah FAM benar-benar sedar.

MENGEMBALIKAN SEKOLAH VOKASIONAL...

Hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengembalikan semula sebahagian daripada sekolah-sekolah teknik kepada sekolah vakasional adalah sesuatu yang amat dialu-alukan dan wajar! Reaksi pertama saya ialah, saya bersyukur dan sudah seharusnya dilakukan sejak sekian lama. Ia juga dilihat sebagai suatu tindakan yang boleh mengatasi banyak masalah berkaitan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.

Apabila dasar Kementerian Pelajaran yang menghapuskan semua sekolah-sekolah vokasional dengan alasan untuk meningkatkan taraf sekolah-sekolah vakasional, ia memberikan kesan yang besar terutamanya kepada golongan pelajar yang lemah di dalam akademik tetapi baik di dalam aspek kemahiran. Masalah timbul apabila syarat kemasukan ke sekolah-sekolah teknik ini dinaikkan dan menyebabkan pelajar yang lemah di dalam akademik ini kehilangan tempat untuk meneruskan pengajian mereka seperti semasa wujudnya sekolah vakasional dahulu.

Benar, kementerian telah mewujudkan kelas-kelas MPV di sekolah-sekolah. Malangnya timbul beberapa masalah:

1. Pelajar MPV berasa rendah diri berbanding dengan pelajar lain.
2. Pelajar tidak berminat belajar subjek akademik lain, menyebabkan berlaku masalah disiplin
apabila pelajar tidak minat berada di dalam kelas. Mereka jadi liar disebabkan tidak mampu
mengikuti mata pelajaran akademik berbanding subjek kemahiran ini.

Akibatnya , rata-rata pelajar kelas MPV tidak mampu meneruskan pembelajaran di peringkat lebih tinggi selepas SPM kerana kebanyakan mereka gagal di dalam peperiksaan tersebut. Masalah disiplin juga meningkat dengan kehadiran pelajar-pelajar ini.

Oleh itu, wajar sekali sekolah-sekolah vakasional ini dikembalikan semula kepada kedudukannya sebelum ini.

Senario semasa juga mewajarkan kewujudan semula sekolah vokasional ini. Majikan kini lebih berminat untuk mendapatkan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran berbanding mereka yang mempunyai pendidikan asas selepas SPM. Keperluan untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing juga harus dilihat sebagai suatu kewajaran kepada usaha melahirkan tenaga kerja tempatan yang mahir melalui lepasan sekolah vokasional. Sudah sampai masanya kementerian dan kerajaan menumpukan usaha yang lebih berfokus dalam menentukan bentuk tenaga kerja yang hendak dilahirkan selepas SPM. Kalau dibuat kajian, kita akan dapati ramai usahawan atau kontraktor yang berjaya dahulu adalah lahir daripada sekolah vokasional.

Usaha ini harus disokong oleh semua pihak khususnya ibubapa. Ramai ibubapa yang tidak setuju jika ada anak mereka yang di tempatkan di kelas MPV. Mereka melihat kelas-kelas begini sebagai kelas pelajar lemah. Ibubapa tidak mahu menerima hakikat keadaan anak mereka yang tidak mampu mengikuti pembelajaran di kelas-kelas akademik. Mereka tidak melihat potensi anak mereka di sudut kemahiran yang ada pada anak -anak mereka. Diharapkan dengan adanya sekolah vokasional ini semua perasaan ini akan dapat diatasi demi masa depan anak-anak dan generasi masa depan. Sekurang-kurang kita masih tidak terlambat daripada melihat membiarkan generasi kita terus hanyut dan terbiar...

JPW JELAI -SAMA-SAMA MENDOAKAN KEJAYAAN ANAK-ANAK SMK JELAI FELDA DALAM PMR...

Buat pertama kalinya , pihak JPW Gugusan Jelai Felda telah mengadakan program baca yasin khusus untuk pelajar PMR sekolah ini di sepanjang minggu peperiksaan ini berjalan. Program yang diadakan di surau sekolah ini diadakan pada setiap pagi di sepanjang minggu peperiksaan ini berjalan. Seramai 15 kaum ibu yang amat perihatin ini telah sanggup meluangkan masa hadir membaca yasin sebagai memberi semangat kepada calon PMR di sekolah ini. Terima kasih kepada Ustaz Rizal dan Unit kaunseling sekolah yang telah bekerjasama membantu menjayakan program ini.

Semangat kaum ibu ini amat terpuji dan diharapkan akan diikuti oleh kaum bapa dan masyarakat selebihnya. Ini adalah bukti perpaduan yang wujud di antara sekolah dan komuniti. Diharapkan program seperti ini akan dapat diperbanyakkan dan melibatkan aktiviti-aktiviti lain juga.

Terharu juga apabila melihat seorang ibu yang menitiskan air matanya kerana terharu dan tersentuh dengan doa yang dibacakan oleh ustaz Rizal selepas tamat bacaan yasin!

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN

MANA SATU YANG BENAR--

RAMAI orang mengatakan, kemalangan jalanraya berpunca daripada KELAJUAN!
ADA juga yang mengatakan , bukan kelajuan yang menjadi puncanya, tetapi adalah KELALAIAN!
MAKA lahirlah bidalan baru, BIAR CEPAT ASAL SELAMAT!
ADA orang yang berasa mengantuk jika memandu perlahan... sebab leka memerhatikan perkara lain semasa pemanduan...kuranglah tumpuan! Banyak berangan...

KALAU laju, tumpuan terhadap pemanduan akan lebih jitu..tak ada masa nak berangan atau melihat kiri kanan jalanraya..

TETAPI, jangan LALAI....

SEBAB...jika lalai...sama ada laju atau perlahan , kemalangan akan berlaku juga.

JADI..YANG MANA SATU..

KELAJUAN..
KELALAIN......

LAJU...atau PERLAHAN...

KITA KERAPKALI LALI....

SAYA pilih BERHATI-HATI...Ingat orang tersayang yang sedang menanti di rumah...


PILIHAN di tangan anda....Anda berhak memilih....

ANDA MESTI MEMILIH...

SELAMAT KEMBALI KE TEMPAT KERJA DAN BERHATI-HATI DIJALANRAYA...

LIGA BOLASEPAK-DISWASTAKAN...!

AKHIRNYA...Liga Malaysia hendak diswastakan...
Reaksi pertama saya ialah, ia sepatutnya sudah dilakukan sejak lama dahulu lagi. Malaysialah satu-satunya negara yang sudah hampir 2o tahun menjalankan liga bolasepak profesional, tetapi masih mengekalkan konsep amatur! Persatuan bolasepak masih diberikan subsidi atau dana untuk menguruskan pasukan, tidak boleh memilih penaja sendiri dan mesti akur dengan tajaan oleh FAM dan pengurusannya bersifat amatur!

Saya pernah bertanya kepada seorang pengurus pasukan liga Malaysia suatu masa dahulu. Jika sesaorang ingin berniaga dengan modal RM4 Juta, apakah jenis perniagaan yang akan dijalankannya? Sama ada berbentuk kedai runcit atau supermarket? Beliau menjawab, "sudah tentulah supermarket!". Saya jawab, "Betul!, tetapi malangnya kita menguruskan pasukan bolasepak kita yang mempunyai badget RM2 juta, RM4 juta, sama seperti kita menguruskan kedai runcit!

Bolasepak mestilah dianggap sebagai suatu perniagaan dan buka lagi sebagai aktiviti sosial dengan sasaran selain daripada mendapatkan keuntungan! Bolasepak memerlukan ahli koperat atau golongan peniaga yang komited untuk memastikan bolasepak sebagai perniagaan yang menguntungkan. Justeru itu, bolasepak tidak boleh diuruskan oleh orang politik atau pegawai kerajaan yang tidak boleh memberikan komitmen 100% kepada pasukan. Ia seharusnya diuruskan oleh peniaga yang benar-benar tulen dan dapat memastikan keuntungan! Cuba kita lihat pasukan ternama dunia khususnya kelab-kelab di Eropah atau Jepun, Korea. Bagi mereka bolasepak adalah suatu perniagaan dan untuk memastikan ianya menguntungkan, faktor kualiti pemain, pemasaran, promosi dan usaha menarik seberapa ramai penonton dan pelabur untuk melabur demi kemajuan pasukan , hendaklah menjadi fokus pengurusan pasukan. Elemen-elemen lapuk seperti kebimbangan ketiadaan anak negeri bermain dalam pasukan , seharus tidak timbul lagi di dalam era profesional. Yang utama adalah, adakah pemain itu berkeupayaan memberikan keuntungan kepada pasukan. Begitu jugalah dengan pengurusan. Mereka yang gagal, seharusnya disingkirkan tanpa mengira siapa!

Kita berasa amat malu dengan prestasi bolasepak negara yang semakin megah dengan liga profesionalnya, tetapi semakin jauh ketinggalan! Saya pernah berjumpa dengan seorang Naib Presiden Jepun (JFA) yang merupakan bekas pengarah di syarikat Toyota! Melihat cara beliau berurusan, amat jauh bezanya dengan Naib Presiden FAM yang lebih bersifat seperti pegawai tinggi kerajaan yang sarat dengan protokol dan berdarjat tinggi! Beliau begitu merendah diri dan sanggup turun menyelesaikan masalah yang timbul tanpa ada protokol yang sarat. Kita juga mahukan pegawai yang begini yang lebih bersifat mesra pelanggan berbanding pegawai yang bersifat 'tuan besar' yang mahu semua orang patuh kepada kehendaknya.

Sudah sampai masanya pasukan negeri diberikan kebebasan menjalankan aktiviti aktiviti menjana pendapatan tanpa kongkongan FAM. Pasukan negeri juga harus mengambil iktibar daripada kejayaan Piala Dunia USA 94. Ketika orang ramai khuatir kejohanan itu akan mengalami kerugian, USA membuktikan dengan kebijaksanaan mereka memanipulasi minat warga Amerika terhadap artis mereka, kejohanan itu menjadi kejohanan paling menguntungkan!

Soalnya kenapa kita tidak berfikiran seperti orang Amerika!
Adakah pemimpin pasukan negeri,dan FAM mahu berubah!

NASIB PENUNGGANG MOTOSIKAL

Kemalangan jalanraya yang melibatkan kematian penunggang motosikal saban tahun amat membimbangkan dan menyedihkan. Sehingga hari ini sahaja sudah 192 orang terkorban di jalanraya! Lebih 80% mangsa adalah penunggang dan pembonceng motosikal.

Satu persoalan yang timbul ialah, adakah kempen dan juga tidakan yang dibuat oleh pihak berwajib untuk mengatasi masalah ini sudah cukup untuk menghalang lebih banyak korban di kalangan penunggang motosikal? Terfikir juga, jika penunggang motosikal masih terpaksa bertarung dengan kenderaan yang lebih besar di jalanraya terutamanya di Lebuhraya, adakah jaminan, jumlah korban akan dapat dikurangkan. Perlukah , kerajaan menyediakan ruang khas untuk mereka di semua lebuhraya dan jalan persekutuan agar mereka lebih selamat? Saya kira , sudah sampai masanya kerajaan memikirkannya dengan serius!

Di samping itu pendekatan di dalam mendidik penunggang motosikal kita agar lebih bersopan di jalanraya perlukan anjakan paradigma yang tegas! Pendedahan terhadap aksi rempit di dalam filem, iklan dan apa sahaja aktiviti hendaklah dihapuskan. Aktiviti merempit perlu dianggap sebagai suatu yang keji, dan berdosa dan dianggap sama tarafnya dengan penyalahgunaan dadah atau cubaan membunuh diri! Tindakan tegas adalah dituntut kerana negara kerugian tenaga muda yang habis begitu sahaja! Pendekatan agama adalah kaedah paling berkesan dalam mendidik mereka. Malangnya , banyak pihak tidak begitu yakin! Inilah masalahnya!

Kita berharap agar sesuatu yang lebih konkrit dalam mengatasi masalah ini perlu diambil tindakan segera oleh pihak kerajaan. Jangan sampai kita beterusan mengira jumlah kematian di kalangan mereka ini saban tahun tanpa tindakan yang benar-benar jitu!

Aidil Fitri Datang Lagi - Tapi Bonus tiada lagi!

Aidil Fitri datang lagi dengan membawa seribu kenangan dan peristiwa. Aidil Fitri menandakan berakhirnya Ramadan yang penuh dengan keberkatan dan amal ibadah yang jarang dilakukan dalam bulan-bulan lain. Semoga segala amalan akan berkekalan selepas tamatnya Ramadan dan berterusan ke bulan-bulan yang lain.

Syawal membawa makna yang banyak. Syawal menandakan kejayaan melawan hawa nafsu dan perangai buruk kita di sepanjang bulan-bulan lain. Syawal seharusnya disambut dengan penuh keriangan di samping mengambil kesempatan merapatkan hubungan sesama insan khususnya saudara mara dan teman handai. Peluang juga untuk memohon keampunan di atas segala kesalahan yang dilakukan dan sesuai untuk melupakan segala sengketa. Namun kita harus tidak lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik,

Pada tahun ini juga merupakan tahun pertama selepas beberapa tahun kakitangan awam tidak menerima bonus sempena hari raya. Bertuahlah kepada kakitangan sokongan yang menerima bantuan RM500.00. Bagi golongan profesional dan pengurusan ini sudah pasti menimbulkan rungutan! Banyak rungutan diterima oleh golongan ini yang ternyata tidak berpuas hati. Hal ini diakui oleh Quepacs yang menerima banyak rungutan daripada mereka. Ketika ini , kelihatan kerajaan banyak mengutamakan kumpulan ini berbanding kumpulan profesional dan pengurusan. Ketika diumumkan kenaikan gaji beberapa tahun lalu, kumpulan ini hanya menerima kenaikan 15 % berbanding kumpulan sokongan yang mendapat sehingga 35%, Mereka yang kebanyakannya terdiri daripada pegawai DG41, DG 44 dan DG48. Dengan keadaan ini ada sebahagian daripada mereka mendapat gaji yang rendah berbanding mereka di dalam kumpulan sokongan sedangakan mereka ini adalah lulusan berijazah!.

Dengan keadaan ekonomi yang semakin teruk ini dan peningkatan harga barangan , pemberian bonus sudah pasti akan banyak membantu mereka. Mungkin kerajaan boleh memikirkannya ketika pembentangan baudget pada bulan oktober nanti!

Namun daripada pemerhatian, nampaknya masyarakat Melayu khususnya tidak menampakan kesan yang nyata kepada keadaan ekonomi ini. Rata-ratanya mereka terus berbelanja besar untuk sambutan perayaan ini. Cuma kita khuatir golongan pertengahan dan bawahan ini akan mula merasai kesannya sejurus tamatnya musim perayaan nanti...!

RAMADHAN TELAH TIBA

Ketibaan Ramadhan membuatkan hati semakin sayu. Ramadhan sekaligus mengingatkan kita akan beberapa insan tersayang yang sudah pergi meninggalkan kita. Setiap kali Ramadhan tiba, seringkali kita diingatkan bahawa kita mungkin tidak akan ketemu lagi pada Ramadhan yang akan datang! Kesayuan ini membuatkan kita benar-benar insaf. Ramadhan ini adalah Ramadhan kedua ibu meninggalkan kami ! Setiap kali Ramadhan hati sayu! Ramadhan memberikan suatu perasaan betapa kecilnya diri kita di sisi Allah dan betapa tidak berertinya kita hidup dalam permusuhan. Sempena Ramadhan ini marilah kita tingkatkan amalan kita dan saling bermaafan, kerana kita tidak pasti akan ketemu lagi pada Ramadhan akan datang! Hiasilah malam dengan solat Tarawih dan bertadarus serta saling bermaafan sesama insan.

Selamat datang Ramadhan!

Puisi-puisi Chairil Anwa

AKU

kalau sampai waktuku

‘ku tak mau seorang ‘kan merayu

tidak juga kau

tak perlu sedu sedan itu

aku ini binatang jalang

dari kumpulannya terbuang

biar peluru menembus kulitku

aku tetap meradang menerjang

luka dan bisa kubawa berlari

berlari

hingga hilang pedih peri

dan aku akan lebih tidak perduli

aku mau hidup seribu tahun lagi

DOA

kepada pemeluk teguh

Tuhanku

dalam termangu

aku masih menyebut namaMu

biar susah sungguh

mengingat Kau penuh seluruh

cayaMu panas suci

tinggal kerdip lilin di kelam sunyi

Tuhanku

aku hilang bentuk

remuk

Tuhanku

aku mengembara di negeri asing

Tuhanku

di pintuMu aku mngetuk

aku tidak bisa berpaling

(diambil dari buku : DERU CAMPUR DEBU, karya Chairil Anwar, penerbit Dian Rakyat, cetakan kelima, 2000)

PUISI RENDRA

Paman Doblang! Paman Doblang!
Mereka masukkan kamu ke dalam sel yang gelap.
Tanpa lampu. Tanpa lubang cahaya. Pengap.
Ada hawa. Tak ada angkasa.
Terkucil. Temanmu beratus-ratus nyamuk semata.
Terkunci. Tak tahu di mana berada.

Paman Doblang! Paman Doblang!
Apa katamu?

Ketika haus aku minum dari kaleng karatan.
Sambil bersila aku mengharungi waktu
lepas dari jam, hari dan bulan
Aku dipeluk oleh wibawa tidak berbentuk
tidak berupa, tidak bernama.
Aku istirah di sini.
Tenaga ghaib memupuk jiwaku.

Paman Doblang! Paman Doblang!
Di setiap jalan mengadang mastodon dan serigala.
Kamu terkurung dalam lingkaran.
Para pengeran meludahi kamu dari kereta kencana.
Kaki kamu dirantai ke batang karang.
Kamu dikutuk dan disalahkan.
Tanpa pengadilan.

Paman Doblang! Paman Doblang!
Bubur di piring timah
didorong dengan kaki ke depanmu
Paman Doblang, apa katamu?

Kesedaran adalah matahari.
Kesabaran adalah bumi.
Keberanian menjadi cakerawala.
Dan perjuangan
adalah perlaksanaan kata-kata.

-WS Rendra, 22 April 1984

AL FATIHAH BUAT W.S.RENDRA

Penyair terkemuka Indonesia WS Rendra, yang turut berpengaruh di Malaysia, meninggal dunia di sebuah hospital di Jakarta malam tadi setelah lebih sebulan dirawat kerana penyakit jantung.

Rendra, 74, yang juga dikenali 'Si Burung Merak' meninggal dunia pada 10.15 malam tadi dengan meninggalkan 11 orang anak daripada tiga isteri - dua daripadanya sudah diceraikan, lapor Bernama.

Setelah memeluk Islam pada Ogos 1970 ketika menikahi isteri keduanya Sitoresmi Prabuningrat, beliau menukar namanya menjadi Wahyu Sulaiman Rendra daripada nama asalnya Willibrodus Surendra Broto Renda.

Selain sajak-sajaknya, Rendra juga dikenali ramai di Malaysia melalui filem bertema agama yang dilakoninya Al Kautsar pada 1980-an.

Jenazah allahyarham dijadual dikebumikan selepas solat Jumaat di Bengkel Teater, Citayam, Depok dekat Jakarta, lapor agensi berita itu lagi.

Lokasi persemadian Rendra ini tidak jauh dari kubur sahabatnya Mbah Surip, penyanyi reggae yang mendadak popular di Indonesia dengan lagu "Tak Gendong" yang meninggal dunia Selasa lepas.

Rendra beberapa kali memperoleh anugerah dalam bidang sastera, antaranya Penghargaan Adam Malik pada 1989, SEA Write Award pada 1996 dan Penghargaan Achmad Bakri pada 2006.

Berikut catatan ringkas perjalanan hidup tokoh seniman ini seperti dimuatkan di Wikipedia:

Sebagai sasterawan

Bakat sastera Rendra sudah mulai terlihat ketika ia duduk di bangku sekolah. Saat itu beliau sudah mulai menunjukkan kemampuannya menulis puisi, cerita pendek dan drama untuk pelbagai kegiatan sekolahnya.

Bukan hanya menulis, beliau juga boleh berlakon di pentas. Rendra mementaskan beberapa dramanya, terutamanya tampil sebagai pembaca puisi yang sangat berbakat.

Pertama kali menerbitkan puisinya di media massa pada 1952 melalui majalah Siasat. Setelah itu, puisi-puisinya terus muncul di majalah waktu itu seperti Kisah, Seni, Basis, Konfrontasi, dan Siasat Baru sehingga dua dekad selepas itu, tahun 1960-an dan tahun 1970-an.

Kaki Palsu adalah drama pertamanya, dipentaskan ketika ia di sekolah dan Orang-Orang di Tikungan Jalan pula drama pertamanya yang mendapat penghargaan dan hadiah pertama dari Kantor Wilayah Jabatan Pendidikan dan Kebudayaan, Yogyakarta.

Penghargaan itu membuatnya sangat bersemangat untuk berkarya.

Prof A Teeuw dalam bukunya Sastra Indonesia Modern II (1989), berpendapat bahawa dalam sejarah kesusasteraan Indonesia, Rendra tidak termasuk dalam salah satu angkatan atau kelompok seperti Angkatan 45, Angkatan 60-an, atau Angkatan 70-an.

Daripada karya-karyanya, terlihat Rendra mempunyai keperibadian dan kebebasan tersendiri.

Karya-karyanya tidak hanya dikenali di republik itu tetapi juga di luar negeri. Banyak karyanya sudah diterjemahkan ke bahasa asing, antaranya bahasa Inggeris, Belanda, Jerman, Jepun dan India.

Beliau juga aktif mengikuti festival-festival di luar negeri, antaranya The Rotterdam International Poetry Festival (1971 dan 1979), The Valmiki International Poetry Festival, New Delhi (1985), Berliner Horizonte Festival, Berlin (1985), The First New York Festival Of the Arts (1988), Spoleto Festival, Melbourne, Vagarth World Poetry Festival, Bhopal (1989), World Poetry Festival, Kuala Lumpur (1992), dan Tokyo Festival (1995).

Pada 1961, sebaik sahaja pulang dari Amerika Syarikat, Rendra mendirikan kumpulan teater di Yogyakarta tetapi ia terhenti kerana kembali semula ke negara itu. Ketika pulang semula ke Indonesia (1968), budayawan itu membentuk kembali kumpulan dinamakan Bengkel Teater.

Bengkel Teater sangat terkenal di Indonesia dan memberi suasana baru dalam kehidupan teater di tanah air dan menjadi pangkalan kegiatan keseniannya.

Kontroversi 'Si Burung Merak'

Pada usia 24 tahun, Rendra bertemu cinta pertamanya dengan Sunarti Suwandi. Daripada wanita itu yang dikahwininya pada 1959, beliau mendapat lima anak: Teddy Satya Nugraha, Andreas Wahyu Wahyana, Daniel Seta, Samuel Musa dan Klara Sinta.

Seorang muridnya Bendoro Raden Ayu Sitoresmi Prabuningrat, puteri berketurunan istana Yogyakarta yang bergiat aktif di Bengkel Teater.

Tugas Jeng Sito, begitu panggilan Rendra kepadanya, pada awalnya antara lain menjaga empat anak Rendra-Sunarti tetapi kemudian bertukar cinta.

Ditemani Sunarti, Rendra melamar Sito untuk menjadi isteri kedua dan Sito menerimanya. Namun ayah wanita itu tidak mengizinkan anaknya, yang beragama Islam, berkahwin dengan seorang pemuda Katolik tetapi ia tidak menjadi halangan besar bagi Rendra.

Seniman itu mengucapkan dua kalimah syahadah pada hari perkawinannya dengan Sito, 12 Ogos 1970, dengan disaksikan dua lagi tokoh sastera republik itu penyair Taufiq Ismail dan pengkritik Ajip Rosidi.

Peristiwa itu mengundang reaksi sinis seperti Rendra masuk Islam hanya untuk berpoligami.

Menjawabnya, Rendra beralasan bahawa beliau sudah lama tertarik pada Islam, terutama sejak persiapan pementasan Kasidah Barzanji, beberapa bulan sebelum pernikahannya dengan Sito.

Beliau juga menjawab dengan lebih tegas: bagi Rendra, Islam memuaskan persoalan pokok yang menghantuinya selama ini tentang kemerdekaan individu sepenuhnya.

"Saya bisa langsung beribadah kepada Allah tanpa memerlukan pertolongan orang lain. Sehingga saya merasa hak individu saya dihargai," katanya sambil mengutip ayat al-Quran, yang menyatakan bahawa Allah lebih dekat daripada urat leher seseorang.

Bergelut dengan kontroversi kehidupan poligaminya, suatu ketika sewaktu melihat seekor burung merak berjalan bersama dua betinanya di sebuah zoo Yogyakarta, Rendra berseru sambil tertawa terbahak-bahak dan dilaporkan berkata "itu Rendra! Itu Rendra!"

Sejak itu jolokan 'Si Burung Merak' melekat padanya hingga kini. Bersama Sitoresmi, beliau mendapat empat anak: Yonas Salya, Sarah Drupadi, Naomi Srikandi dan Rachel Saraswati.

Tetapi Si Burung Merak tidak puas dengan dua pasangan dan menyunting pula Ken Zuraida, isteri ketiga yang memberinya dua anak: Isaias Sadewa dan Maryam Supraba.

Tapi pernikahan itu mencetuskan pergolakan yang berakhir dengan tindakan Rendra menceraikan Sitoresmi pada 1979, dan Sunarti dua tahun kemudian.

Senarai karya Rendra termasuklah drama dan puisi:

Drama
Orang-orang di Tikungan Jalan (1954)
Bip Bop Rambaterata (Teater Mini Kata)
SEKDA (1977)
Selamatan Anak Cucu Sulaiman
Mastodon dan Burung Kondor (1972)
Hamlet (terjemahan karya William Shakespeare)
Macbeth (terjemahan karya William Shakespeare)
Oedipus Sang Raja (terjemahan karya Sophokles)
Lisistrata (terjemahan)
Odipus di Kolonus (terjemahan karya Sophokles),
Antigone (terjemahan karya Sophokles),
Kasidah Barzanji
Perang Troya Tidak Akan Meletus (terjemahan karya Jean Giraudoux) Panembahan Reso (1986)
Kisah Perjuangan Suku Naga

Puisi
Balada Orang-Orang Tercinta (Kumpulan sajak)
Bersatulah Pelacur-Pelacur Kota Jakarta
Blues untuk Bonnie
Empat Kumpulan Sajak
Jangan Takut Ibu
Mencari Bapak
Nyanyian Angsa
Pamphleten van een Dichter
Perjuangan Suku Naga
Pesan Pencopet kepada Pacarnya
Potret Pembangunan Dalam Puisi
Rendra: Ballads and Blues Poem (terjemahan)
Rick dari Corona
Rumpun Alang-alang
Sajak Potret Keluarga
Sajak Rajawali
Sajak Seonggok Jagung
Sajak Seorang Tua tentang Bandung Lautan Api
State of Emergency
Surat Cinta

Steve Butler- Kenapa pegawai FAM tak terfikir!

Saya mengucapkan syabas kepada Steve Butler, jurulatih Kelantan yang telah membuktikan kehebatannya membawa pasukan Kelantan memenangi Piala FA. Sebelum ini juga beliau telah membantu Sabah ke peringkat tertinggi dalam bolasepak.

Namun yang saya amat tertarik ialah cadangan yang dikemukakan oleh beliau untuk memajukan bolasepak Malaysia. Persoalannya, sama ada FAM mahu menerima pakai cadangan sedemikian! Saya pernah mencadangkan kepada sebuah persatuan bolasepak negeri beberapa perkara yang serupa sepertimana yang dicadangkan oleh Steve Butler. Namun sampai sekarang tiada perkembangannya.

Yang paling menarik daripada pandangan beliau ialah berkaitan program komuniti yang seharusnya dilakukan oleh setiap pemain profesional kita terhadap masyarakat terutamanya di peringkat sekolah. Sebenarnya masalah bolasepak Malaysia adalah terletak di sekolah. Kebanyakan sekolah tiada jurulatih bolasepak yang bertauliah! Kebanyakannya menggunakan khidmat guru yang sekadar melatih berdasarkan pengalaman sebagai pemain sahaja. Jika pemain-pemain ini dapat di'paksa" melakukan aktiviti komuniti di sekolah, maka semua pemain bolasepak di sekolah akan mendapat manfaatnya dan minat mereka akan bertambah. Di samping itu, pasukan negeri atau kelab juga mesti mengadakan program komunitinya sendiri sepertimana pasukan di luar negara.

Penolakan terhadap pemain import ternyata telah memalapkan terus bolasepak Malaysia. kita harus akui, dengan tahap keupayaan pemain yang kita ada sekarang, bolasepak kita tidak akan ke mana. Kita gah di liga kita, tetapi apabila keluar ke peringkat antarabangsa, pemain kita layu seolah-olah sangat cetek pengalamannya. FAM harus mengambil contoh yang dilakukan oleh kuasa utama bolasepak Asia seperti Jepun, Korea malahan Singapura yang mempunyai liga tempatan yang tinggi tahapnya. Hampir semua liga profesional di dunia ini menggunakan pemain import. Hanya Malaysia sahaja yang menolak peranan pemain import dalam usaha meningkatkan pencapaian. Semangat Kebangsaan dan cintakan negara sahaja tidak memadai dalam bolasepak, jika pemain kita lemah dari segala segi. Bolasepak kita dimainkan secara profesional dan kemahiran serta teknik yang tinggi, bukan dengan semangat semata-mata.

Berbalik kisah bolasepak di sekolah, saya lihat tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh Kemeterian Pelajaran dalam usaha meningkatkan mutu bolasepak. Benar kita ada sekolah sukan, tetapi hakikat sebenarnya tidak semua pemain berbakat diterima masuk ke sekolah ini dan jumlah sekolahnya juga amat terhad. Di tambah pula lagi dengan syarat kemasukannya masih memerlukan kecemerlangan di dalam akademik. Bagaimana dengan ribuan bakat yang ada di sekolah-sekolah harian! Sistem permainan 7 sebelah, kalah mati, berpusat benar-benar telah mematikan sukan bolasepak di sekolah. Purata mereka dapat bermain hanya 2 kali (jika kalah awal) Pemain pula terpaksa bermain 2 permain sehari, pagi dan petang , menjadikan pelajar tidak mendapat rehat yang cukup dan kualiti permainan sudah pasti akan merosot. Tidak seperti pada masa dahulu, permainan secara "home -away ' dalam jarak masa yang lama, membolehkan pemain mempunyai rehat yang cukup, berlatih setiap hari(selepas tamat setiap kali perlawanan), memberikan pemain-pemain ini pengalaman permainan dan masa latihan yang banyak. Apatah lagi, dengan suasana permainan bolasepak yang sangat aktif pada masa itu. Pertandingan peringkat mukim, daerah, belia, jabatan dan sebagainya memberikan pengalaman dan peluang yang banyak untuk mereka mengasah bakat. Sekarang, apabila semua itu telah tiada lagi, ditambah dengan sistem kalah mati dan perlawanan berpusat, ia benar-benar telah mematikan bolasepak di negara ini.

FAM dan Kementerian harus bertindak lebih pro-aktif dan berfokus untuk mengatasi masalah ini. Jika tidak mutu bolasepak kita akan hanya menjadi bahan lawak di kalangan negara-negara yang seangkatan dengan kita dahulu. Orang lain semakin meningkat maju dengan era profesionalnya, tetapi M alaysia semakin menjunam dan merudum teruk.!

Sepak Takraw Malaysia...MEMALUKAN...

Saya menonton berita tv malam ini dan melihat bagaimana presiden sepak takraw Malaysia bermati-matian mempertahankan pasukan sepak takraw Malaysia yang kalah kepada Korea! Dan, apabila ada orang yang memintanya meletakkan jawatan, maka beliau dengan marah dan angkuh menyatakan' who are you to ask me to step down'. Sesuatu yang amat memalukan! Inilah masalah sukan di Malaysia. Apabila pegawai tidak mahu dan tidak berani bertanggungjawab dan menilai kemampuan diri. jika di Barat, saya pasti presiden ini akan meletak jawatan atau dipaksa meletak jawatan!

Sudahlah ....tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang setuju dengan presiden sepaktakraw Malaysia ini. Tidak ada seorang rakyat Malaysia yang boleh terima kita kalah dengan Korea. Akuilah prestasi pasukan kita semakin lemah. Kalau dulu, kita hanya boleh kalah (sekali-sekala)dengan Thailand, tetapi sekarang kita telah kalah mudah deng Indonesia, Singapura, Vietnam dan kini Korea Selatan! Saya kira, perubahan mentaliti di kalangan pegawai, pemain dan kepimpinan sukan di Malaysia mesti berubah. Kita sepatutnya sudah membebaskan diri dengan pengaruh politik atau pasukan dijadikan tempat oleh orang politik mencari pengaruh. Jadikan sukan di Malaysia sebagai suatu bisnes dan serahkan kepada orang bisnes untuk menjalankannya! Semua negara di dunia tau di Asia telah berubah. Solanya bila lagi Malaysia? Kita sentiasa didendangkan dengan sejarah kegemilangan dulu. Malangnya kita tidak pernah cuba menerapkan semangat atau kemahiran seperti zaman itu pada masa kini. Disiplin pemain kita rata-ratanya teruk! Lihatlah dalam sukan apa pun. Rasa bangga atau ghairah untuk mewakili negara sudah tidak ada. Yang penting..WANG! dan malangnya kita memberikan ganjaran wang yang begitu banyak pada kualiti dan hasil yang rendah mutunya. Mungkin visi pasukan kita terlalu rendah... tidak hairan apabila kita dengar pasukan selalu mensasarkan penyertaan dalam kejohanan apa pun sekadar' mencari pengalaman....masuk pusingan kedua....Jarang kita letakkan atau pasakkan dalam minda ahli sukan kita untuk jadi johan! Jiwa kita kecil...tidak hairanlah ...dapatnya pun kecil...

PPSMI- Akhirnya....

Kerajaan Akui PPSMI Pincang dan Punyai Banyak Kelemahan

(video ehsan malaysiakinitv)

Photo AlbumKesederhanaan Mahmod Ahmad Dinejad
Subhanalloh,, Kita ditunjukkan betapa sederhananya kehidupan tokoh ini. President yang dibanggakan oleh rakyatnya, yang Cinta pada Rabb-Nya serta menjaga Hijabnya sebagai Seorang laki-laki.
Keberaniannya menguncang Penjuru dunia, Idealismenya LUAR BIASA..

Kami rindu pemimpin seperti dia ya Rabb....





Iran_Presiden.jpg
2 Comments




Iran_President_2.jpg
1 Comment




Iran_President_3.jpg




Iran_President_4.jpg




Iran_President_5.jpg
2 Comments




Iran_President_6.jpg
4 Comments




Iran_President_7.jpg

Michael Jackson: Dari Penghibur ke Seorang Filantrofi- we 'will surely miss you..



Kita digemparkan dengan kematian Michael Jackson (MJ) baru-baru ini yang telah meninggalkan kesan mendalam dalam industri muzik dunia. Ramai dikalangan kita yang tertanya-tanya sama ada dia meninggal dunia dalam Islam atau tidak. Hal ini menjadi isu kepada ramai orang, sehinggakan menjadi antara berita utama di dalam surat khabar tempatan.

Secara peribadi, saya juga ada merasa kehilangan MJ ini, lagu yang amat saya minati iaitu You Are Not Alone. Hal ini membuatkan saya untuk mencari maklumat tentang MJ, lebih-lebih lagi sumbangan kepada masyarakat dunia selain dari hiburan. Kita tahu ramai artis luar negara ini telah banyak menyumbang untuk misi kemanusiaan, seperti Yusuf Islam (Cat Stevens) dengan penubuhan Muslim Aid serta bantuan kemanusiaan lain dan Bono (U2) dengan misi kemanusiaan di Afrika. Saya kagum apabila mendapati MJ juga mempunyai sebuah yayasan sendiri iaitu Heal The World Foundation yang telah ditubuhkan pada 1992. Sebuah yayasan yang berusaha membantu kanak-kanak, orang tua dan haiwan seluruh dunia terutama di Afrika. Nilai sumbangannya untuk misi kemanusiaan melebihi jutaan Dollar hasil dari kareernya sebagai seorang pemuzik dan penghibur. Beliau juga telah dianugerahkan oleh Book Of World Records untuk memecah rekod dunia untuk "Most Charities Supported By a Pop Star" dan beliau sendiri telah menjadi filantrofi (penyumbang dana) untuk 39 buah organisasi kebajikan.

Neverland Ranch

MJ juga popular dengan taman tema kanak-kanaknya yang diberi nama Neverland Ranch yang telah dibuka pada 1988 dan telah ditutup pada 2005. Menurut dari sumber mengenai MJ, Neverland Ranch ini akan dibuka setiap tiga minggu untuk kanak-kanak istimewa masuk dengan percuma. Biasanya kanak-kanak istimewa ini terdiri daripada kanak-kanak yang mengidap kanser dan sebagainya.


You Are Not Alone

Pemergiannya sememangnya merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja dalam dunia hiburan, tetapi dalam dunia kebajikan dan kemanusiaan. Semoga Michael Jackson meninggal dunia dalam Islam, dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, insyaAllah

Malangnya FAM

Apalah nasib FAM...

Orang buat Liga Profesional, semakin hari semakin maju, semakin hebat... semakin maju liganya, semaju tinggi rankingnya! Malangnya FAM, semakin ada liga profesional, semakin merosot kehadiran penonton. Semakin jauh rankingnya jatuh, Sebelum liga frofesional diperkenalkan , kita sbaris Jepun, Korea Selatan. Sekarang, semuanya tinggal impian!

Mana silapnya. Tidak salah jika kita letakkan kesalhan itu kepada pimpinan di FAM dan di persatuan negeri. Apa tidaknya, Dasar FAM sentiasa berubah-ubah. Berubah kepada yang baaik , tidaklah mengapa. Malangnya berubah kepada lebih teruk! Dikal orang sibuk ke arah profesional, dengan membuka liganya kepada dunia luar, FAM mundur ke belakang, menutupnya dan bergantung penuh kepada pemain tempatan. Atas alasan untuk membaiki ranking pasukan kebangsaan, akhirnya ibarat yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Ranking makin teruk jatuh! Peamin kita nampak macam budak sekolah bila berlawan dengan pasukan luar! Penonton semakin tak minat dengan bolasepak Malaysia!

Namun, FAM masih tak mampu nak memikirkan bagaimana nak mengatasi masalah ini. Saya berpendapat, masalah di FAM ialah:

1. Tiada pemimpin yang benar-benar berjiwa bola. Ramai lebih kepada orang politik yang bergantung pengaruh daripada bola untuk kepentingan diri sendiri.
2. Budaya takut dan 'yes sir", mengiyakan saja apa kata boss di atas sehingga tidak berani memberikan idea yang berlainan demi kemajuan bolasepak.
3. Boalasepak Malaysia memerlukan tokoh koperat yang menguruskan bolasepak sebagai suatu bisness yang berasakan untung rugi dan bukan lagi orang politik atau bekas kakitangan awam yang menguruskannya seperti menguruskan pejabat kerajaan. Orang bawahan tidak boleh beri pandangan..dicop melawan boss!
4. Mentaliti profesional mesti ada pada setiaap pemain, pegawai dan semua yang terlibat. Profesioanal melibatkan disiplin yang tinggi dan etika kerjaya yang kukuh untuk meraih keuntungan besar! Bukan sekadar gaji besar!
5. Bisness bermaksud aspek pemasaran perlu ada! Macamana dengan pasukab di Malaysia.! Manchestar United, pasukan kelab terkaya di dunia masih membuat lawatan ke serata dunia untuk tujuan promosi, malangnya pasukan negeri di Malaysia, taak pernah nak melawat daerah, adakan perlawanan atau klinik bolasepak untuk menarik penyokong datang ke stadium!

Saya pernah menganjurkan program untuk sebuah pasukan negeri datang melawat ke sekolah-sekolah, mengadakan klinik bolasepak, majlis temu penyokong dan sebagainya. Saya cadangkan kepada pasukan agar adakan program itu sebagai salah satu strategi promosi kerana pelajar sekolah inillag yang bakal datang ke stadium untuk menonton bolasepak di samping mendekatjkan pasukan dengan masyarakat. Malangnya , setakat itu sahajalah! Tidak ada langsung inisiatif pasukan negeri ini untuk meneruskannya! Ini suatu bukti bagaimana ceteknya pasukan kita tentang aspek promosi, pemasaran pasukan dan bagaiman nak menarik penonton hadir ke stadium.

Penonton akan hadir ke stadium jika:

1. Mutu permainannya menarik, standard profesional, bukan macam budak sekolah!
2. ada daya penariknya. satu dua pemain hebat atau luarbiasa kebolehannya. Atau ada acara sampingan untuk penonton dilibatkana sama seperti penonton bertuah atau pertunjukan sampingan.
3. Promosi yang hebat. Suasana 'bola' wujud. Contohnya pada acara Piala Dunia. Bandar yang terlibat ccukup meriah dan dihidupkan dengan suasana bolasepak.

Kalau ditanya di Malaysia, saya yakin semua di atas tidak ada, Kalau adapun, sekadar ala kadar sahaja. Bolasepak masih dianggap aktiviti sosial. Kalau kalah, pemain tidak akan terjejas! Pegawai lagi tidak terjejas.! Tidak kisah rugi ke , untung ke, kita tetap begitu. Sebabnya, kita tak anggap bolasepak sebvagai bisness. Kalau kita anggap begitu, sudah pasti semua yang diperkatakan di atas akan diambil perhatian. Malangnya...

FAM TIDAK PERNAH BELAJAR!

MELUCUKAN!... Itulah tanggapan pertama ketika membaca keputusan FAM yang hanya menggantung Halim Napi selama 3 bulan akibat tindakannya menumbuk, memijak pemain Negeri Sembilan dan menyebabkan berlakunya rusahan di Kota Bahru sebaik tamat perlawanan separuh akhir pertama Piala FA lalu. Alasannya, kesalahan ini bukan kesalahan berulang dan Kelatan FA telah mengambil tindakan ke atas beliau!...

"Kalaulah berlaku di Eropah, sudah pasti bukan itu hukumannya. Dan sudah pasti lebih berat lagi di kenakan ke atas Halim Napi dan FA Kelantan!" Tanda tanya yang timbul dalam fikiran saya , " Apakah FAM tidak menyimpan rekod tindakan ganas Halim Napi?.

Saya percaya, FAM ada menyimpan rekod. Tetapi disebabkan politik bolasepak atau begitu lemahnya FAM yang tidak bersikap profesional, maka begitulah jadinya! Tidak hairanlah kenapa bolasepak Malaysia tidak maju. FAM terlalu lemah dan tidak profesional, terutamanya dalam menerapkan disiplin kepada pemain dan pasukan. Ini bukan kes pertama. Banyak kali dah!

Kadang-kadang kita geli hati apabila mendengar keputusan dan cakap-cakap tidak profesionalnya orang-orang di FAM. FAM masih menerima alasan "bodoh' jurulatih seperti kalah disebabkan kita main pukul 2 petang ! Hai!...Malaysia main bola sesama sendiri atau berlawan dengan pasukan yang bermain pada waktu yang sama! Kenapa FAM tidak lihat tahap disiplin pemain, pegawai dan tahap fizikal pemain kita yang lembik! Tengok fizikal pemain kita dengan pemain Vietnam pun kita kalah!

Mungkin ada kebenaran kata-kata orang, FAM perlukan rombakan besar-besaran...! Lantik orang yang betul-betul mahir bolasepak , bukan ahli politik yang menggunakan kedudukan untuk cari peluang menonjol diri. Atau , serahkan kepada ahli koperat agar bolasepak diurus sebagai entiti bisnes yang berteraskan keuntungan! Bolasepak sebenarnya adalah suatu bisnes yang besar modalnya, malahan jutaan ! Malangnya kalau dilihat, bolasepak kita masih ditakuk lama. Kita mengendalikan bolasepak , seperti mengendalikan kedai runcit di kampung -kampung terpencil dan bukan seperti mengendalikan pasaraya besar! Nak cari jalan pastikan penonton datang ke stadium dalam jumlah yang ramai pun , kita tak tahu jalan penyelesaiannya! Malang..malang... kita hanya bangga dengan kemudahan hebat, pasukan makin teruk... Ada suatu tanggapan ketika ini tentang bolasepak Malaysia, " Kalau Malaysia kalah orang tak hairan, tapi akan jadi pelik kalau Malaysia menang!...Tandanya ..tahap keyakinan penonton kepada bolasepak Malaysia dan FAM telah menjunam jauh seperti kedudukannya di dalan ranking FIFA yang semakin hari semakin jauh ke bawah....

Balangsungkawa -K. Dharmarajasingham

Pagi ahad 22 Mac 2009, ketika sedang bersedia untuk meneguk minuman teh kegemaranku seperti setiap hari yang lalu, mataku terpaku kepada suatu berita di dalam akhbar Sunday Star berbunyi, "Dharmarajasingam has passd away". Aku tidak percaya dengan tajuk berita tersebut dan yakin nama yang disebut itu bukanlah Dharmarajasingam yang kukenali sejak 1986 yang lalu. Aku terus membaca isi beritanya.... suatu kejutan buatku...Ternyata benar! K. Dharmarajasingam yang kukenali dan begitu rapat denganku telah meninggal dunia...! Aku juga masih sangsi dengan berita yang kubaca. Aku terus menelefon telefon bimbitnya. Kedengaran seperti suara yang biasa kudengar.."bapak sudah meninggal pada petang semalan, jam 6 petang'. Ternyata itu bukan suaranya , tetapi adalah suara anak lelakinya yang sentiasa mengikutinya ke padang bolasepak setiap kali ada perlawanan sejak ia berumur sekitar 12 tahun.

Kali terakhir kami berhubung adalah pada petang jumaat 21 Mac 2009. Aku menelefonnya bertanyakan bilakah beliau akan menghantar sms untuk aku menterjemahkan ke bahasa Melayu , ucapan tahniah dan selamat berjaya dalam pemilihan MT Umno kepada kenalan rapatnya YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Seri Hj. Mohamad Hasan. Permintaannya itu mula disampaikan kepadaku pada hari khamis 20 Mac 2009. Disebabkan aku sedang memandu untuk ke satu taklimat di Tiara Beach Resort di Port Dickson, beliau meminta aku memberitahunya sebaik tamat taklimat tersebut untuk dia menghubungiku semua. Aku hubungi beliau sekitar jam 6.40 petang pada hari itu. Aku minta beliau menhantar sms sahaja dan aku berjanji akan membantu menterjemahkannya.

21 Mac 2009, ketika pulang dari kerja sekitar 8.30 malam, aku hubungi lagi tentang sms tersebut, memandangkan ia sudah berjanji untuk menghantarnya. " Mr. Dharma...kataku seperti biasa setiap kali aku menghubuninya. Bila lagi u nak hantar sms!" tanyaku. " Nanti...nanti saya hantar . Aku ada sedikit masalah lah ...", katanya. Namun aku perasan perbualannya pada petang itu tidak serancak dan seceria seperti hari semalamnya. Aku pula memang tidak suka hendak bertanya lanjut apatah lagi apabila dia menyatakan dia ada masalah sedikit... Bagiku masalah peribadi, aku hanya sudi mendengar tetapi tidak akan sudi bertanya! Itu perinsipku dalam perhubungan dengan rakan-rakanku..."o.k"' jawabku. " U hantarlah... Saya tunggu...'" kataku mengakhiri perbualan...

Kini...ternyata sms yang kunanti daripadanya tidak akan sampai ....sampai bila-bila...

Itulah kekesalanku yang menhantuiku kini... satu-satunya permintaan yang tak dapat kutunaikan buatnya...

Sepanjang perkenalan dan persahabatan, kami saling membantu. Beliau tidak sunyi menghubungiku setiap kali inginkan bantuku dalam apa hal pun.Dan aku pula tidak akan menghampakan permintaannya. bagiku permintaan itu, terlalu sedikit berbanding bantu dan sokongannya kepadaku serta nilai persahabatan kami.

Daripada menuliskan ayat-ayat dan kata-kata untuk sms yang akan ditujukannya kepada orang tertentu, sehinggalah kepada kertas kerja pembangunan bolasepak negeri yang mana beliau menjadi pengarahnya. Beliau akan sentiasa menghubungiku dalam hal-hal berkaitan bolasepak. Kadangkala kami berjumpa untuk minum petang sambil menikmati capati di restoran atau gerai kesukaannya.

Banyak kenangan indah ketika bersama sejak mengenalinya melalui penglibatanku dalam pengadilan bolasepak bermu;a pada 1986 lalu. Sepanjang perkenalan, beliau seorang yang sabar dan tidak pernah marah. Beliaulah yang begitu yakin meramalkan aku akan mencapai tahap FIFA di dalam pengadilan! Dan ternyata ramalannya tepat sekali!.

Kerjasamaku dengan beliau yang terakhir adalah dalam program klinik bolasepak Skuad Liga Super NS dengan SMK Jelai Felda pada 2008 lalu. Program ini bermula di SMK Dato Sedia Raja pada Jun 2007 dan diikuti di SMK Rantau.

Semoga keluarga K. Dharmarajasingam akan sabar dan tabah menerima takdir ini. Dan, sudah pasti aku telah kehilangan sahabat yang amat istimewa selama-lamanya...

Never Give Up-

STEPHEN COVEY- 10/90 PRINCIPLE