Balangsungkawa -K. Dharmarajasingham

Pagi ahad 22 Mac 2009, ketika sedang bersedia untuk meneguk minuman teh kegemaranku seperti setiap hari yang lalu, mataku terpaku kepada suatu berita di dalam akhbar Sunday Star berbunyi, "Dharmarajasingam has passd away". Aku tidak percaya dengan tajuk berita tersebut dan yakin nama yang disebut itu bukanlah Dharmarajasingam yang kukenali sejak 1986 yang lalu. Aku terus membaca isi beritanya.... suatu kejutan buatku...Ternyata benar! K. Dharmarajasingam yang kukenali dan begitu rapat denganku telah meninggal dunia...! Aku juga masih sangsi dengan berita yang kubaca. Aku terus menelefon telefon bimbitnya. Kedengaran seperti suara yang biasa kudengar.."bapak sudah meninggal pada petang semalan, jam 6 petang'. Ternyata itu bukan suaranya , tetapi adalah suara anak lelakinya yang sentiasa mengikutinya ke padang bolasepak setiap kali ada perlawanan sejak ia berumur sekitar 12 tahun.

Kali terakhir kami berhubung adalah pada petang jumaat 21 Mac 2009. Aku menelefonnya bertanyakan bilakah beliau akan menghantar sms untuk aku menterjemahkan ke bahasa Melayu , ucapan tahniah dan selamat berjaya dalam pemilihan MT Umno kepada kenalan rapatnya YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Seri Hj. Mohamad Hasan. Permintaannya itu mula disampaikan kepadaku pada hari khamis 20 Mac 2009. Disebabkan aku sedang memandu untuk ke satu taklimat di Tiara Beach Resort di Port Dickson, beliau meminta aku memberitahunya sebaik tamat taklimat tersebut untuk dia menghubungiku semua. Aku hubungi beliau sekitar jam 6.40 petang pada hari itu. Aku minta beliau menhantar sms sahaja dan aku berjanji akan membantu menterjemahkannya.

21 Mac 2009, ketika pulang dari kerja sekitar 8.30 malam, aku hubungi lagi tentang sms tersebut, memandangkan ia sudah berjanji untuk menghantarnya. " Mr. Dharma...kataku seperti biasa setiap kali aku menghubuninya. Bila lagi u nak hantar sms!" tanyaku. " Nanti...nanti saya hantar . Aku ada sedikit masalah lah ...", katanya. Namun aku perasan perbualannya pada petang itu tidak serancak dan seceria seperti hari semalamnya. Aku pula memang tidak suka hendak bertanya lanjut apatah lagi apabila dia menyatakan dia ada masalah sedikit... Bagiku masalah peribadi, aku hanya sudi mendengar tetapi tidak akan sudi bertanya! Itu perinsipku dalam perhubungan dengan rakan-rakanku..."o.k"' jawabku. " U hantarlah... Saya tunggu...'" kataku mengakhiri perbualan...

Kini...ternyata sms yang kunanti daripadanya tidak akan sampai ....sampai bila-bila...

Itulah kekesalanku yang menhantuiku kini... satu-satunya permintaan yang tak dapat kutunaikan buatnya...

Sepanjang perkenalan dan persahabatan, kami saling membantu. Beliau tidak sunyi menghubungiku setiap kali inginkan bantuku dalam apa hal pun.Dan aku pula tidak akan menghampakan permintaannya. bagiku permintaan itu, terlalu sedikit berbanding bantu dan sokongannya kepadaku serta nilai persahabatan kami.

Daripada menuliskan ayat-ayat dan kata-kata untuk sms yang akan ditujukannya kepada orang tertentu, sehinggalah kepada kertas kerja pembangunan bolasepak negeri yang mana beliau menjadi pengarahnya. Beliau akan sentiasa menghubungiku dalam hal-hal berkaitan bolasepak. Kadangkala kami berjumpa untuk minum petang sambil menikmati capati di restoran atau gerai kesukaannya.

Banyak kenangan indah ketika bersama sejak mengenalinya melalui penglibatanku dalam pengadilan bolasepak bermu;a pada 1986 lalu. Sepanjang perkenalan, beliau seorang yang sabar dan tidak pernah marah. Beliaulah yang begitu yakin meramalkan aku akan mencapai tahap FIFA di dalam pengadilan! Dan ternyata ramalannya tepat sekali!.

Kerjasamaku dengan beliau yang terakhir adalah dalam program klinik bolasepak Skuad Liga Super NS dengan SMK Jelai Felda pada 2008 lalu. Program ini bermula di SMK Dato Sedia Raja pada Jun 2007 dan diikuti di SMK Rantau.

Semoga keluarga K. Dharmarajasingam akan sabar dan tabah menerima takdir ini. Dan, sudah pasti aku telah kehilangan sahabat yang amat istimewa selama-lamanya...

Never Give Up-

STEPHEN COVEY- 10/90 PRINCIPLE