DI MANA KUALITI BOLASEPAK MALAYSIA...

PERKEMBANGAN terkini berkaitan dengan 'ketakutan' yang melanda JUARA piala FA Malaysia negeri Sembilan untuk bertanding di peringkat kelab-kelab Asia adalah sesuatu yang amat menarik untuk difikirkan oleh semua peminat bolasepak Malaysia dan sudah tentunya pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia sendiri. "Ketakutan ' itu berpunca daripada rasa bimbang akan menjadi 'budak belasahan' jika bertanding di peringkat Asia. Negeri Sembilan bimbang nasib yang sama akan menimpa mereka sepertimanan pasukan yang ternyta lebih'gah' iaitu Selangor dan Kedah. Apa yang menariknya ialah mereka menjadi 'budak belasahan' oleh kelab daripada Vietnam, Maldieves, Indonesia.. Lucu juga memikirkannya..

Tambah lucu lagi apabila setiausaha Kehormat FAM menolak mentah-mentah faktor ketakutan dan punca kena belasah itu disebabkan oleh ketiadaan pemain import dalam pasukan Malaysia atau Liga Malaysia. Rasanya inilah satu-satunya liga bolasepak di dunia ini yang tidak membenarkan pemain import bermain dengan alasan untuk meningkatkan prestasi pemain tempatan. Apa ang nyata , setalah lebih 3 tahun dasar tiada pemain import ini dilaksanakan, mutu permainan kita semakin merosot. Liga kita sudah kehilangan penonton yang jauh merosot berbanding pada sekitar tahun 90 an dahulu. Dan, lebih malang pasukan juara liga Malaysia ini sentiasa menjadi budak belasahan oleh kelab-kelab luar yang datangnya daripada negara yang dulunya adalah 'budak belasahan' Malaysia.

Ketika pasukan negara lain sudah jauh maju dan mampu menunjukkan kehebatan di peringkat tinggi, begitu juga kelab-kelabnya, FAM masih berpegang teguh dengan kepercayaannya bahawa tanpa pemain import , mutu bolasepak kita akan meningkat. Apakah Malaysia tidak belajar daripada pencapaian negara-negara lain dan kelab-kelab luar negara atau kelab di negara jiran kita? Negara yang maju sekalipun di dunia ini dalam sukan bolasepak , tetap berlumba-lumba mendapatkan pemain import berkualiti untuk menguatkan pasukan. Hanya Malaysia sahaja negara yang 'megah' menafikan hakikatn ini.

Kejayaan di Sukan SEA dijadikan sandaran kononnya mutu bolasepak kita sudah meningkat. FAM harus sedar di peringkat Sukan SEA itu, pasukan yang bertanding adalah bawah 23 tahun. Bukan pasukan kebangsaan . kalau diukur dari segi kualiti pemain, kualiti permainan, fizikal pemain pasukan kita jauh ketinggalan berbanding Vietnam yang dikalahkan itu. Apakah FAM hendak menunggu sehingga kita berada di tingkat tercorot dalam kelompok Asia Tenggara ini barulah mahu bertindak!

Saya tetap menyatakan dasar ini adalah dasar yang salah dan amat terkebelakang dan hanya mengundang kegagalan yang lebih teruk. Bangunlah FAM...Buka mata dan fikiran dan jangan hanya bangga dengan jati diri sedangkan hakikatnya kita semakin ketinggalan dan jauh merosot...Apapun, tahniah kepada Wan Jamak di atas keberaniannya menyatakan pandangan, namun FAM tetap masih lena dibuai mimpi dan cerita lama ....kononnya....

Never Give Up-

STEPHEN COVEY- 10/90 PRINCIPLE