Bolasepak Malaysia Perlukan Pemikiran Baru...

Saya teringat semasa Jepun memulakan era profesional dahulu iaitu sekitar tahun 80an.. Selepas Piala Dunia 1986, mereka membawa masuk pemain-pemain bertaraf bintang Piala Dunia dari Brazil. Walaupun agak berumur, namun kualiti dan taraf permainan mereka amat tinggi. Mereka juga menumpukan corak permainan kepada corak Brazil. Jurulatih kelab dan negara mereka juga dari Brazil...Setelah pasukan mereka agak mantap , mereka mengadunkan pula dengan corak permainan Eropah dengan membawa pula ramai pemain dari Eropah ke liga mereka. dari siru, mereka mengadunkan kemahiran ala Brazil dan kepantasan serta kelasakan permaianan Eropah..sehingga menajdikan permainan mereka berkembang begitu hebat. mereka juga memasukkan lebih daripada 2 pemain di dalam pasukan supaya dapat mengimbangkan kemahiran tempatan dan pemain import. Dengasn bilangan pemain yang lebih di dalam pasukan pada satu-satu permainan , sudah pastilah corak permaianan akan lebih menarik, pemaian import dapat bermain dengan mudah dan baik serta pemain tempatan mereka dapat belajar dan bersaing untuk merebut tempat di dalam pasukan. keadaan ini berbeza sekali dengan liga Malaysia. Dengan hanya 2 pemain, kebiasaan seorang di pertahanan dan seorang penyerang, apakah impak yang mampu mereka berikan di dalam menrubah corak permainan pasukan. Pemaintempatan tetap selesa dengan kedudukan mereka , kerana dengan hanya 2 pemain import, ada 9 kekosongan tempat di dalam pasukan..jadi apa perlunya mereka berasa tergugat dan apakah yang dapat mereka pelajari daripada pemain import ini. lihatlah di Singapura dan Filipina. Bagaimana kesan dan pengaruh pemain import mereka yang kuat, hasil daripada bilangan yang dibenarkan bermain lebih ramai. Ramai pemain tempatan seperti di Singapura yang begitu tinggi kualiti permainan mereka berbanding di Malaysia. Saya fikir , bolasepak malaysia memerlukan pemikiran dan paradigma baru...

Ranking Bolasepak Malaysia..Impak terhadap Bolasepak Negara..

Ranking bolasepak FIFA juga bukan sekadar memberi kesan terhadap imej dan mutu bolasepak sesebuah negara, sebaliknya memberi kesan kepada seluruh aspek yang berkaitan dengan bolasepak negara itu. Satu contoh paling baik ialah berkaitan dengan persepsi masyarakat bolasepak dunia terhadap pengadilan bolasepak di Malaysia. Saya teringat kes berkaitan nasib pengadil kita pada zaman allahyarham Nazri Abdullah dan yang terbaru berlaku kepada Saudara Subkidin di pertandingan Bolasepak Piala Dunia. taraf pengadil bolasepak Malaysia di peringkat Asia adalah antara yang paling tinggi malah lebih baik daripada pengadil dari Jepun , Korea dan negara Arab. Di peringkat Asia , semua pasukan bolasepak mengakui dan menghormati mutu pengadilan pengadil dari Malaysia. Apabila disebut sahaj, kita dari Malaysia, pasukan-pasukan ini menyatakan pengadil kita 'very good'. namun apabila tiba di peringkat Piala Dunia , pengadil kita seringkali gagal menempatkan diri sebagai pengadil (hanya pembantu pengadil sahaja yang diberikan peluang). semua ini sebenarnya berpunca daripada persepsi dunia terhadap mutu bolasepak dan tahap liga bolasepak kita.

Ternyata ranking bolasepak di dalam FIFA adalah gambaran dan persepsi dunia terhadap tahap dan mutu bolasepak serta liga tempatan. Sesuatu harus difikirkan dengan lebih jelas dan rasional oleh kepimpinan bolasepak kita untuk lebih maju.

Apakah wajar dengan era liga profesional di negara kita, kedudukan kita semakin merosot! Apakah liga kita benar-benar bertaraf profesional? Apakah mentaliti pengurusan dan mentaliti pemain kita benar-benar profesional atau sekadar mendapat gelaran berdasarkan mereka kerjaya sepenuh masa adalah bolasepak?

Saya mengikuti kupasan hampir semua,jurulatih luar yang mengadakan perlawanan dengan pasukan Malaysia. Antara komen mereka sejak dahulu adalah, pemain kita kekurangan dari segi kekuatan fizikal, kepantasan, stamina dan pengalaman permainan (game experiance) yang boleh kita simpulkan antaranya ialah pendedahan kepada mutu bolasepak bertaraf tinggi. Setelah puluhan tahun, komen yang sama akan kita dengar daripada semua jurulatih dari luar..Soalnya, apa tindakan semua yang terlibat, untuk mengatasi perkara ini.

Sistem permainan sekarang adalah bercorak kekuatan fizikal. Pemain bukan lagi statik di satu tempat dan menunggu bola. Pemain sentiasa bergerak dan melakukan larian-larian pantas . Rata-rata penguasaan pemain di dalam padang adalah antara 9- 13 kilometer di dalam sesuatu permainan. Ini menandakan pemain sentiasa bergerak . bagaimana statistik pergerakan pemain kita. Saya kira rejim latihan yang lebih keras perlu diterapkan kepada pemain kita...

Teringat pula saya akan kebanyakan sekolah yang menyusun pelajar mereka mengikut ranking di dalam setiap mata pelajaran. Tujuannya antara lain adalah untuk membolehkan para pelajarnya melihat kedudukan mereka agar mereka tahu di mana kualiti pembelajaran mereka dan berusaha memperbaikinya. Ia turut menyaran agar mereka berlumba-lumba meningkatkan prestasi. Malang..di dalam bolasepak kita, ia tidak berlaku...

Never Give Up-

STEPHEN COVEY- 10/90 PRINCIPLE