REFEREE LAH YANG SALAH.....
Inilah budaya dan sikap pemimpin sukan bolasepak di Malaysia yang tidak pernah berubah....Apabila sesuatu keputusan tidak menyebelahi pasukan mereka, orang yang paling mudah dan seronok untuk dipersalahkan ialah PENGADIL atau Referi!
Sebabnya amat mudah, Pengadil tidak punyai peluang dan ruang utnuk membalas balik segala tomahan dan tuduhan. Apalagi apabila yang menyerang mereka adalah terdiri daripada pegawai atasan pasukan yang berpangkat besar atau ada 'Tiltle' yang merasakan dirinya tidak berani disentuh oleh FAM.
Sesuatu yang melucukan juga apabila Menteri Sukan juga turut tertarik untuk masuk campur dan menambah garam ke dalam isu yang sebegini. Ini semua kerana apabila isu itu menyentuh pegawai pasukan yang berkedudukan tinggi, pak Menteri pun masuk campur seolah-olah cuba tumpang publisiti sama. Walhal, sepatutnya , Pak Menteri menjadi orang tengah dalam mendamaikan persengketaan dan bukannya sebagai orang yang menyebelahi sesaorang pegawai pasukan semata-mata kerana kedudukan pegawai tersebut.
Pengadil memang tidak semuanya betul. Pengadil tidak maksum di dalam padang. Pengadil samalah seperti para hakim yang membuat keputusan berdasarkan undang-undang yang diperuntukan di dalam buku undang-undang bolasepak. Samalah juga seperti para hakim dan penguatkuasa lain yang membuat keputusan dan kerapkali juga dipertikaikan oleh orang ramai. Pengadil bolasepak menilai sesuatu insiden dengan sekelip mata dan membuat keputusan juga dengan sekelip mata! Tidak seperti para hakim yang mencatat kenyataan, mengkajinya dan membuat keputusan pada beberapa hari yang lain. Ternyata para pengadil lebih hebat daripada hakim..!
Kita juga tidak menghalang kenyataan-kenyataan mereka yang meminta agar mutu pengadil dilihat semula dan dipertingkatkan. Para pengadil perlu sentiasa mencapat tahap yang tinggi dari semasa ke semasa. Namun untuk meletakkan setiap kesalahan dan kegagalan pasukan kepada pengadil, amatlah tidak wajar dan tidak matang.
Sebaiknya, FAM meletakkan syarat bahawa setiap pengedali pasukan bilasepak di Malaysia ini mestilah mempunyai pengetahuan asas di dalam undang-undang permainan. mungkin para pengurus pasukan dan pengurusan kelab diwajibkan mengikuti kursus undang-undang bolasepak sebelum mereka layak memegang jawatan tersebut.
Kalau kita lihat perbezaan bolasepak Malaysia dan luar negara adalah kebanyakkan pengendali pasukan bolasepak kita adalah terdiri daripada orang politik, orang istana dan koperat yang tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman khusus di dalam bolasepak. Ambil contoh di England. Hampir semua pengurus pasukan adalah bekas pemain atau orang yang terlibat langsung di dalam bolasepak. Mereka adalah orang yang profesional yang mengutamakan peningkatan mutu permainan pasukan berbanding mencari salah orang lain.
Sepatutnya, pengurusan pasukan menilai pencapaian pasukan mereka sendiri, sisitem latihan oleh jurulatih, sikap dan mentaliti pemain, kualiti jurulatih dan disiplin di dalam pasukan. Inilah antara ktreteria kecemerlangan pasukan yang agak kurang dimiliki oleh pasukan-pasukan bolasepak di Malaysia ini.
Sejarah pengurusan pasukan menyalahkan pengadil sebagai punca kekalahan ini sudah bermula sejak dahulu lagi. Semasa era semi pro dahulu iaitu sekitar tahun 80 an dan awal 90an, memang sudah dimaklumi oleh para pengadil ketika itu beberapa nama pengurusan pasukan yang angkuh dan berlagak yang seringkali menyalahkan pengadil. Mereka ini kadangkala melayan pengadil seumpama 'budak suruhan ' mereka dan memandang hina para pengadil.
Keadaan ini berbeza dengan sikap pegawai di negara-negara luar yang gah di dalam bolasepak. pengalaman penulis sendiri semasa mengadili perlawanan di Jepun, para pengadil amat disanjung oleh para penonton dan pegawai pasukan. Para penonton memberikan tepukan gemuruh apabila disebut nama poengadil dari Malaysia. Pernah seorang pegawai bertaraf Naib Presiden JFA, sanggup datang ke bilik persalinan mengucapkan terima kasih kepada kami dan membantu menyelesaikan masalah rakan pengadil ketika itu dengan menelefon pegawai JFA yang bertanggungjawab dengan menggunakan telefonnya sendiri ketika itu juga... yang pastinya , situasi dan sikap begini tidak akan pernah berlaku di kalangan pegawai pasukan atau persatuan bolasepak kita di Malaysia ini.
Saya
teringat semasa Jepun memulakan era profesional dahulu iaitu sekitar
tahun 80an.. Selepas Piala Dunia 1986, mereka membawa masuk
pemain-pemain bertaraf bintang Piala Dunia dari Brazil. Walaupun agak
berumur, namun kualiti dan taraf permainan mereka amat tinggi. Mereka
juga menumpukan corak permainan kepada corak Brazil. Jurulatih kelab dan
negara mereka juga dari Brazil...Setelah pasukan mereka agak mantap ,
mereka mengadunkan pula dengan corak permainan Eropah dengan membawa
pula ramai pemain dari Eropah ke liga mereka. dari siru, mereka
mengadunkan kemahiran ala Brazil dan kepantasan serta kelasakan
permaianan Eropah..sehingga menajdikan permainan mereka berkembang
begitu hebat. mereka juga memasukkan lebih daripada 2 pemain di dalam
pasukan supaya dapat mengimbangkan kemahiran tempatan dan pemain import.
Dengasn bilangan pemain yang lebih di dalam pasukan pada satu-satu
permainan , sudah pastilah corak permaianan akan lebih menarik, pemaian
import dapat bermain dengan mudah dan baik serta pemain tempatan mereka
dapat belajar dan bersaing untuk merebut tempat di dalam pasukan.
keadaan ini berbeza sekali dengan liga Malaysia. Dengan hanya 2 pemain,
kebiasaan seorang di pertahanan dan seorang penyerang, apakah impak yang
mampu mereka berikan di dalam menrubah corak permainan pasukan.
Pemaintempatan tetap selesa dengan kedudukan mereka , kerana dengan
hanya 2 pemain import, ada 9 kekosongan tempat di dalam pasukan..jadi
apa perlunya mereka berasa tergugat dan apakah yang dapat mereka
pelajari daripada pemain import ini. lihatlah di Singapura dan Filipina.
Bagaimana kesan dan pengaruh pemain import mereka yang kuat, hasil
daripada bilangan yang dibenarkan bermain lebih ramai. Ramai pemain
tempatan seperti di Singapura yang begitu tinggi kualiti permainan
mereka berbanding di Malaysia. Saya fikir , bolasepak malaysia
memerlukan pemikiran dan paradigma baru...
Ranking
bolasepak FIFA juga bukan sekadar memberi kesan terhadap imej dan mutu
bolasepak sesebuah negara, sebaliknya memberi kesan kepada seluruh aspek
yang berkaitan dengan bolasepak negara itu. Satu contoh paling baik
ialah berkaitan dengan persepsi masyarakat bolasepak dunia terhadap
pengadilan bolasepak di Malaysia. Saya teringat kes berkaitan nasib
pengadil kita pada zaman allahyarham Nazri Abdullah dan yang terbaru
berlaku kepada Saudara Subkidin di pertandingan Bolasepak Piala Dunia.
taraf pengadil bolasepak Malaysia di peringkat Asia adalah antara yang
paling tinggi malah lebih baik daripada pengadil dari Jepun , Korea dan
negara Arab. Di peringkat Asia , semua pasukan bolasepak mengakui dan
menghormati mutu pengadilan pengadil dari Malaysia. Apabila disebut
sahaj, kita dari Malaysia, pasukan-pasukan ini menyatakan pengadil kita
'very good'. namun apabila tiba di peringkat Piala Dunia , pengadil kita
seringkali gagal menempatkan diri sebagai pengadil (hanya pembantu
pengadil sahaja yang diberikan peluang). semua ini sebenarnya berpunca
daripada persepsi dunia terhadap mutu bolasepak dan tahap liga bolasepak
kita.
Ternyata ranking bolasepak di dalam FIFA adalah gambaran dan persepsi dunia terhadap tahap dan mutu bolasepak serta liga tempatan. Sesuatu harus difikirkan dengan lebih jelas dan rasional oleh kepimpinan bolasepak kita untuk lebih maju.
Apakah wajar dengan era liga profesional di negara kita, kedudukan kita semakin merosot! Apakah liga kita benar-benar bertaraf profesional? Apakah mentaliti pengurusan dan mentaliti pemain kita benar-benar profesional atau sekadar mendapat gelaran berdasarkan mereka kerjaya sepenuh masa adalah bolasepak?
Saya mengikuti kupasan hampir semua,jurulatih luar yang mengadakan perlawanan dengan pasukan Malaysia. Antara komen mereka sejak dahulu adalah, pemain kita kekurangan dari segi kekuatan fizikal, kepantasan, stamina dan pengalaman permainan (game experiance) yang boleh kita simpulkan antaranya ialah pendedahan kepada mutu bolasepak bertaraf tinggi. Setelah puluhan tahun, komen yang sama akan kita dengar daripada semua jurulatih dari luar..Soalnya, apa tindakan semua yang terlibat, untuk mengatasi perkara ini.
Sistem permainan sekarang adalah bercorak kekuatan fizikal. Pemain bukan lagi statik di satu tempat dan menunggu bola. Pemain sentiasa bergerak dan melakukan larian-larian pantas . Rata-rata penguasaan pemain di dalam padang adalah antara 9- 13 kilometer di dalam sesuatu permainan. Ini menandakan pemain sentiasa bergerak . bagaimana statistik pergerakan pemain kita. Saya kira rejim latihan yang lebih keras perlu diterapkan kepada pemain kita...
Teringat pula saya akan kebanyakan sekolah yang menyusun pelajar mereka mengikut ranking di dalam setiap mata pelajaran. Tujuannya antara lain adalah untuk membolehkan para pelajarnya melihat kedudukan mereka agar mereka tahu di mana kualiti pembelajaran mereka dan berusaha memperbaikinya. Ia turut menyaran agar mereka berlumba-lumba meningkatkan prestasi. Malang..di dalam bolasepak kita, ia tidak berlaku...

Memang tidak ramai yang mengambil ICT sebagai watak sekolah. Watak atau 'kebitaraan' atau 'niche area' , selalunya kita dengar ada pada sekolah-sekolah yang hebat. Sekolah SBP, Kluster atau Sekolah Berprestasi Tinggi. Kebiasaannya, sekolah begini aalah terdiri daripada sekolah-sekolah berasrama penuh atau sekolah Elite atau sekolah kawalan, yang mana pelajarnya adalah terdiri daripada pelajar terpilih dan bijak . Dalam pemilihan watak sekolah ini juga biasanya mereka mengambil bidang sukan atau kebudayaan seperti bolasepak, ragbi, tarian atau pancaragam untuk dijadikan watak sekolah mereka.
Namun bagi saya ketika berada di SMK Jelai Felda, saya merancang dan berpakat dengan pengurusan dan guru ICT untuk menjadikan ICT sebagai salah satu watak sekolah tersebut, Ada beberapa sebab kenapa kita memilih ICT sebagai watak sekolah. Antaraktoranya ialah:
1. Disebabkan faktor kewangan: Saya menyatakan kepada guru-guru, bahawa kita tidak mampu menyediakan kemudahan wang yang banyak untuk membeli peralatan atau pakaian 'costume' seperti alat muzik yang sudah pasti akan memakan kos sekitar RM100 000;00. Bagi kita di sekolah yang berada di kawasan Felda dan jauh dari bandar, ini memang menjadi satu kesukaran. Justeru kita memilih ICT yang ternyata murah dan mudah.
2. Faktor kedua ialah kita mencari watak yang bukan sahaja kosnya murah tetapi juga mudah dan mampu membawa kith teta pergi jauh... sejauh ke peringkat antarabangsa! ICT lah yang mampu membantu cita-cita kita tersebut. Melalui pertandingan portal ThinkQuest bukan sahaja kita telah berjaya menjadi johan peringkat Kebangsaan, malah telah menyertai pertandingan yang dijalankan di peringkatan antarabangsa!
3. Kepakaran dalam bidang ICT yang dimiliki faktpr mendoromh sekolah berkenaan juga adalah juga menjadi faktor ke arah tersebut. Sekolah berkenaan selain telah mempunyai sejarah yang kejayaan yang hebat di dalam ICT, ia juga mempunyai ramai guru-guru
yang mahir ICT, Ada yang menjadi jurulatih utama di dalam ICT.
4. Selain itu kita melihat bahawa ICT ini adalah sebagai satu cara bagi kita mempromosikan sekolah dengan mnyebarkan setiap aktiviti sekolah melalui blog, facebook atau web sekolah. Melaluinya diharapkan segala cerita negatif yang sering dikaitkan dengan sekolah ini , akan hilang dan dilupakan orang . Sebaliknya, cerita =cerita kejayaan dan kehebatan sekolah ini akan lebih didengari oleh masyarakat.
Justeru itu berapa langkah telah diambil bagi memastikan visi ini tercapai:
1. Memasang streamyx dan WIFI di seluruh kawasan sekolah
2, Memulakan dasar P & P berbantukan komputer sekurang-kurangnya 2 waktu seminggu bagi semua guru.
4. Menetapkan dasar pemantauan P % P wajib menggunakan ICT sebagai pra -syarat untuk lulus (80% )
5. Memulakan dasar untuk program mobilekan LCD/ lap top di mana alatan ini akan diagihkan-agihkan kepada ketua bidang dan guru yang ingin menggunakannya boleh meminjam daripada ketua bidang, Alatan ini akan dikembalikan kepada ketua Bidang setelah digunakan bagi kemudahan penggunaan oleh guru lain pula.

ALHAMDULILLAH...
MUNGKIN..inilah hadiah oleh Allah subhanahuwataala di atas keyakinan dan sokongan semua pihak di dalam menyakini akan kepercayaan bahawa ICT adalah sesuatu yang amat perlu dan membolehkan kita mencipta kejayaan yang hebat...!
Syukur dan terima kasih di atas kepercayaan semua warga SMK Jelai Felda, para guru, pelajar, staf dan PIBG dan masyarakat yang memberi sokongan di dalam cita-cita untuk menjadikan ICT sebagai salah satu watak sekolah. Penekanan terhadap penggunaan ICT di dalam semua aspek pengurusan, P & P dan dan perhubungan ternyata telah membolehkan nama SMK Jelai Felda gemilang sehingga ke peringkat antarabangsa.
Terima kasih khas saya tujukan kepada pengurusan SMK Jelai Felda khususnya Ketua Bidang Teknik dan Vokasional , merangkap JU ICT Encik Norhaslin Moksin yang memberikan kepercayaan dan bantuan yang maksimum di dalam menjadikan ICT sebagai watak . Tatkala ramai orang yang takut dengan pengaruh negatif yang ada di dalam ICT, beliau tetap yakin dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Keyakinan yang tinggi bahawa, banyak lagi perkara yang positif boleh didapati di dalam ICT. kitalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak didik ke arah yang positif.
Nama SMK Jelai Felda yang dahulunya sinonim dengan masalah sosial, kini berubah menjadi sebuah sekolah yang terbilang hasil kejayaan gemilang ICT di peringkat Kebangsaan. Program utama ICT seperti PBL. ThinkQuest, Imarah Masjid Melalui ICT, Surau Berteknologi Tinggi, WIFI seluruh kawasan sekolah, Program 1 Guru 1 laptop, Anjung Cyber, TV Media, CCTV, Portal Score A, group e-mail dan pelbagai program lagi, menjadi sebutan di kalangan masyarakat.
Kini, usaha meningkatkan penggunaan ICT beralih pula ke SMK Taman Tuanku Jaafar. Alhamdulillah, respon pelajar dan guru amat-amat memberangsangkan. kita sentiasa yakin , bahawa dengan usaha kuat dan kreativiti serta inovasi hebat dan bersungguh-sungguh, kita kan mampu melakar kejayaan seperti di SMK Jelai Felda. Buat permulaan, seluruh kawasan sekolah telah di WIFIkan. Kursus pembinaan dan pemurniaan Blog juga telah dilaksanakan. Kumpulan LENSA yang merakamkan segala peristiwa sudah beraksi hebat...semua ini merupakan petanda kita akan mencipta kejayaan. InsyAllah...
Fasa kedua selepas cuti, kita akan bergerak ke arah menjadikan P & P di dalam kelas berbantukan ICT pada tahap maksimum. Segala kemudahan asas dan infra telah disediakan agar para guru mudah dan selesa menggunakan ICT di dalam kelas...
Untuk PBL dan ThinkQuest..kita akan menghantar sekumpulan pelajar dan guru menuntut ilmu di SMK Jelai Felda pada minggu kedua Jun 2011 ini bagi membolehkan kita bersama-sama dengan mereka bersaing ke peringkat tertinggi...
Program 1 Guru 1 laptop juga telah dilancarkan dan telah mencapai tahap 90 %. Usaha meningkatkan kemudahan LCD, laptop dan komputer juga sedang dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Potensi di sekolah ini amat hebat. Ayuh..seluruh warga SMK TTJ...kita gegarkan negeri ini dengan kehebatan ICT kita...!
Terima kasih sekali lagi buat semua warga SMK jelai Felda...buat guru-guru..pelajar...PIBG dan masyarakat Felda Jelai yang benar-benar menyakini bahawa ICT mampu merubah imej dan wajah warganya di Felda in...i

PERKEMBANGAN terkini berkaitan dengan 'ketakutan' yang melanda JUARA piala FA Malaysia negeri Sembilan untuk bertanding di peringkat kelab-kelab Asia adalah sesuatu yang amat menarik untuk difikirkan oleh semua peminat bolasepak Malaysia dan sudah tentunya pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia sendiri. "Ketakutan ' itu berpunca daripada rasa bimbang akan menjadi 'budak belasahan' jika bertanding di peringkat Asia. Negeri Sembilan bimbang nasib yang sama akan menimpa mereka sepertimanan pasukan yang ternyta lebih'gah' iaitu Selangor dan Kedah. Apa yang menariknya ialah mereka menjadi 'budak belasahan' oleh kelab daripada Vietnam, Maldieves, Indonesia.. Lucu juga memikirkannya..
Tambah lucu lagi apabila setiausaha Kehormat FAM menolak mentah-mentah faktor ketakutan dan punca kena belasah itu disebabkan oleh ketiadaan pemain import dalam pasukan Malaysia atau Liga Malaysia. Rasanya inilah satu-satunya liga bolasepak di dunia ini yang tidak membenarkan pemain import bermain dengan alasan untuk meningkatkan prestasi pemain tempatan. Apa ang nyata , setalah lebih 3 tahun dasar tiada pemain import ini dilaksanakan, mutu permainan kita semakin merosot. Liga kita sudah kehilangan penonton yang jauh merosot berbanding pada sekitar tahun 90 an dahulu. Dan, lebih malang pasukan juara liga Malaysia ini sentiasa menjadi budak belasahan oleh kelab-kelab luar yang datangnya daripada negara yang dulunya adalah 'budak belasahan' Malaysia.
Ketika pasukan negara lain sudah jauh maju dan mampu menunjukkan kehebatan di peringkat tinggi, begitu juga kelab-kelabnya, FAM masih berpegang teguh dengan kepercayaannya bahawa tanpa pemain import , mutu bolasepak kita akan meningkat. Apakah Malaysia tidak belajar daripada pencapaian negara-negara lain dan kelab-kelab luar negara atau kelab di negara jiran kita? Negara yang maju sekalipun di dunia ini dalam sukan bolasepak , tetap berlumba-lumba mendapatkan pemain import berkualiti untuk menguatkan pasukan. Hanya Malaysia sahaja negara yang 'megah' menafikan hakikatn ini.
Kejayaan di Sukan SEA dijadikan sandaran kononnya mutu bolasepak kita sudah meningkat. FAM harus sedar di peringkat Sukan SEA itu, pasukan yang bertanding adalah bawah 23 tahun. Bukan pasukan kebangsaan . kalau diukur dari segi kualiti pemain, kualiti permainan, fizikal pemain pasukan kita jauh ketinggalan berbanding Vietnam yang dikalahkan itu. Apakah FAM hendak menunggu sehingga kita berada di tingkat tercorot dalam kelompok Asia Tenggara ini barulah mahu bertindak!
Saya tetap menyatakan dasar ini adalah dasar yang salah dan amat terkebelakang dan hanya mengundang kegagalan yang lebih teruk. Bangunlah FAM...Buka mata dan fikiran dan jangan hanya bangga dengan jati diri sedangkan hakikatnya kita semakin ketinggalan dan jauh merosot...Apapun, tahniah kepada Wan Jamak di atas keberaniannya menyatakan pandangan, namun FAM tetap masih lena dibuai mimpi dan cerita lama ....kononnya....

Subscribe to:
Posts (Atom)