Kerajaan Akui PPSMI Pincang dan Punyai Banyak Kelemahan
Akhirnya.....dasar yang selama ini mengorbankan ramai pelajar-pelajar terutamanya di luar bandar terutamanya pelajar Melayu, berkubur akhirnya. Pelajar bukan sahaja tidak menunjukkan peningkatan di dalam Bahasa Inggeris, malah lebih malang, minat mereka terhadap Sains dan Matematik semakin hilang. Subjek yang memang sedia diakui sukar bagi mereka menguasainya, tambah sukar apabila diajar di dalam bahasa yang asing bagi mereka. Telah puluhan tahun universiti di Malaysia mengeluarkan tenaga pakar dalam pelbagaia bidang termasuk di dalam bidang sains , perubatan dan teknologi, menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Tidak langsung timbul sebagarang masalah ketika itu. Akibat daripada dasar ini juga , kedudukan Bahasa Melayu terus terpinggir dalam semua peringkat! Berbahasa Melayu dianggap hina dan rendah tarafnya. Malah lebih mulia lagi jika anak-anak muda kita mampu berbahasa inggeris bercambur melayu berbanding mereka yang patuh berbahasa melayu sepenuhnya. Kualiti Bahasa Melayu dalam penulisan pelajar kita teruk!
Alhamdulillah...kini kita telah kembali ke asal kita dan kembali insaf akan satu-satunya milik kita yang amat berharga... Bahasa Melayu!. Lihat betapa hebatnya anak muda kita memuja lagu-lagu Indonesia . Salah satu faktornya ialah kerana bahasanya yang teratur , indah dan puitis! ...

(video ehsan malaysiakinitv)
0 comments:
Post a Comment