MAHU KE MANA SELEPAS TAMAT SPM....

Sebahagian calon SPM 2009 telahpun menamatkan peperiksaan mereka . Kepada yang berjaya menamatkannya sehingga ke hari terakhir, syabas diucapkan. Kepada yang tidak sempat menamatkannya disebabkan masalah kesihatan atau penyakit, diharapkan bersabar! Kepada yang tidak menamatkan SPM disebabkan 'kesilapan diri' sendiri seperti ponteng, tidak hadir atau sudah berhenti sekolah, ini sudah pastilah suatu yang amat malang!

Apa yang menjadi persolan sekarang ialah , ke mana haluab pelajar ini selepas SPM tamat!. Antara kebiasaan yang berlaku ialah:

1. Bekerja- Kebanyakannya bekerja untuk mencari pengalaman dan berhasrat untuk 'memegang duit hasil titik peluh sendiri' atau untuk tujuan menyimpan wang kerana mungkin ada 'projek' yang dirangcang. Ini suatu yang baik. Sekurang-kurangnya terisi masa dengan kerja yang berfaedah, mendapat pengalaman dan tahu betapa 'peritnya' mencari rezeki! Kalau selama ini ramai yang kerjanya 'menadah tangan' meminta wang daripada ibu bapa, sekurang=kurangnya kini mereka tahu harga dan nilai wang! Apatah lagi jika gaji yang diperolehi itu sedikit dan keperluannya besar dan banyak!

2. Berehat sambil membantu keluarga di rumah- Ini suatu yang amat baik dan wajar dilakukan oleh bekas calon SPM. S elepas beberapa tahun belajar dan setelah banyak tenaga dan masa digunakan oleh ibubapa untuk memastikan mereka berjaya dalam pelajaran, sampailah masanya mereka membantu ibubapa dengan kerja-kerja di rumah. Sekurang-kurangnya mengajar adik-adik lain untuk persiapan menghadapi peperiksaan.

3. Belajar dan mendapatkan kemahiran tambahan. Ini juga suatu yang amat baik. Pelajar perlu ingat pada zaman ini, pelajar bukan sahaja perlu mempunyai kelayakan akademik yang tinggi , tetapi juga perlu ada kemampuan dan kebolehan tambahan. Kemahiran ini juga berguna apabila mereka berjaya menyambung pelajaran selepas keputusan SPM keluar. Kemahiran komputer,kemahiran bahasa kedua, ketiga dan sebagainya amat penting.

4. Namun, pelajar juga boleh menyumbangkan tenaga mereka kepada sekolah dan beberapa bidang tertentu. Ini sudah pastilah akan menimbulkan beberapa perbahasan di kalangan bekas pelajar ini. Namun ia suatu yang amat baik untuk difikirkan. Ada di kalangan bekas pelajar ini yang mempunyai kemahiran. Ada yang mahir Al Quran boleh membantu sekolah dalam program-program berkaitan. Bekas atlet sekolah , mungkin boleh membantu melatih rakan-rakan di sekolah. Pelajar yang bagus akademik , mungkin boleh menjadi rakan rujuk mata pelajaran atau mentor kepada pelajar yang lemah. Banyak lagi yang mereka boleh bantu .

Mungkin ramai pelajar yang boleh membantu sekolah dalam pelbagai perkara.

Sekurang-kurangnya ini dapat membalas jasa sekolah yang telah membentuk pelajar menjadi orang yang berjaya

0 comments:

Post a Comment

Never Give Up-

STEPHEN COVEY- 10/90 PRINCIPLE