Malaysia Sentiasa Sukar.....



KETUA pasukan bola sepak negara, Aidil Zafuan Abd Razak (dua dari kiri) bersama rakan membantah tindakan pengadil perlawanan Kim Jong Hyeok (kiri) mengarahkan pemain negara Zaquan Abd Razak meninggalkan padang selepas melayangkan dua kad kuning pada separuh masa kedua Malaysia bertemu Vietnam di National Stadium, semalam. Vietnam menang 3-1.

Berita di atas saya petik daripada Berita Harian, 7 Disember 2009. Tajuk asalnya berbunyi, 'Malaysia Semakin Sukar'., tetapi saya menukarnya dengan tajuk 'Malaysia Sentiasa Sukar...'

Sukar kita mendengar pasukan bolasepak Malaysia ini berasa selesa dan yakin dalam setiap perlawanan yang dihadapinya. Bermula sebelum tiba di Laos, Malaysia tewas dengan Maldives 1-0. Jurulatih meletakkan target asalkan dapat masuk separuh akhir manakala pemain pula lebih berselera yakin untuk sampai ke peringkat akhir! Penerbangan dengan pesawat tentera ke Vietnam terpaksa ditunda kerana tiada kebenaran mendarat..Malaysia menunjukkan kegahirahan untuk membuktikan kehebatan kemudiannya membelasah Timor Leste dengan 11-0. Keyakinan mereka untuk mengalahkan Vietnam tampak semakin nyata apabila Vietnam hanya mampu mengalahkan Timor Leste sekadar 4-0 selepas itu. Apa yang nyata, tektik Vietnam lebih berkesan . Mereka menyimpan tenaga dengan fokus untuk mengalahkan Malaysia daripada membelasah Timor Leste dengan jumlah gol yang lebih banyak daripada apa yang dilakukan oleh Malaysia.
Akibatnya, ketika melawan Malaysia mereka ternyata lebih cergas berbanding Malaysia yang tampak sudak 'lembik'. Apakah pengurusan pasukan sudah tersalah taktik! Pada saya , terpulanglah kepada semua untuk memikirkannya..Malaysia memang selalu sangat berkadaan begitu..

Namun apa yang saya pelik lagi ialah sikap dan tahap disiplin pemain kita yang berlagak hebat tetapi hakikatnya 'habuk pun tak ada!..Apabila sudah kalah , sasaran paling baik ialah menyalahkan pengadil..Mungkin inilah kesan daripada didikan yang diberikan oleh pengurusan pasukan di dalam liga Malaysia yang kerapkali menyalahkan pengadil apabila kalah! Bukan suatu yang janggal bagi pengurusan pasukan dalam liga Malaysia meyalahkan pengadil! Berapa banyak insiden menyerang pengadil yang berlaku dalam Liga Malaysia. Benar, ada tidakan dilakukan FAM, tetapi sekadar melepaskan batuk di tangga! Buktinya seperti kes melibatkan Halim Napi. Perangai ini terbawa-bawa apabila pasukan kita bermain di luar negara.

Satu persoalan yang saya ingin nyatakan , berapa ramai pemain kita di Malaysia ini yang benar-benar tahu akan undang-undang permainan! Tidak ramai! malah ada pemain yang telah sampai ke tahap pemain kebangsaan pun , tidak arif dalam undang-undang permainan bolasepak yang mudah seperti kesalahan yang melibatkan tendangan percuma terus dan tendangan percuma tidak terus! Jadi, apa yang saya nak sampaikan ialah, janganlah pemain kita berlagak macam hebat sangat tahu undang-undang... main bola bolehlah katakan pandai...undang-undang belum tahu lagi..

Seperkara lagi ialah mengenai tahap disiplin pemain dan apakah tindakan yang bakal diambil oleh FAM. Tindakan yang keras mesti diambil oleh FAM untuk memastikan pemain kita benar-benar fokus dan sedar tugas dan tanggungjawab mereka. Mereka juga perlu disedarkan bahawa, bermain bola adalah periuk nasi mereka dan tanpa bolasepak mereka belum tentu ke mana hidup mereka berbanding kelayakan akademik mereka! Oleh itu, mereka perlu menjaga disiplin mereka. Seperti di Eropah, denda bagi kesalahan menyerang pengadil ini , walau apapun sebabnya, adalah suatu yang amat berat dan dihukum dengan hukuman yang berat. Pemain ini bukan sahaja didenda oleh FIFA atau persatuan Bolasepak mereka tetapi turut didenda oleh pasukan kelab mereka sendiri.

Kita percaya dengan belanja dan peruntukan yang besar bagi membangunkan bolasepak negara, kita sudah pasti tidak mahu melihat pemain yang garang menyeranag pengadil di tengah padang tetapi 'lembik' bila bertarung kemahiran dengan pasukan yang serba kekurangan tetapi punyai semangat tinggi...pemain yang sedar tanggungjawab mereka kepada negara mereka dan sedar diri siapa mereka...



0 comments:

Post a Comment

Never Give Up-

STEPHEN COVEY- 10/90 PRINCIPLE