ANUGERAH KEPIMPINAN ICT PERINGKAT NEGERI SEMBILAN - Sempena Hari Guru N. Sembilan

ALHAMDULILLAH...

MUNGKIN..inilah hadiah oleh Allah subhanahuwataala di atas keyakinan dan sokongan semua pihak di dalam menyakini akan kepercayaan bahawa ICT adalah sesuatu yang amat perlu dan membolehkan kita mencipta kejayaan yang hebat...!

Syukur dan terima kasih di atas kepercayaan semua warga SMK Jelai Felda, para guru, pelajar, staf dan PIBG dan masyarakat yang memberi sokongan di dalam cita-cita untuk menjadikan ICT sebagai salah satu watak sekolah. Penekanan terhadap penggunaan ICT di dalam semua aspek pengurusan, P & P dan dan perhubungan ternyata telah membolehkan nama SMK Jelai Felda gemilang sehingga ke peringkat antarabangsa.

Terima kasih khas saya tujukan kepada pengurusan SMK Jelai Felda khususnya Ketua Bidang Teknik dan Vokasional , merangkap JU ICT Encik Norhaslin Moksin yang memberikan kepercayaan dan bantuan yang maksimum di dalam menjadikan ICT sebagai watak . Tatkala ramai orang yang takut dengan pengaruh negatif yang ada di dalam ICT, beliau tetap yakin dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Keyakinan yang tinggi bahawa, banyak lagi perkara yang positif boleh didapati di dalam ICT. kitalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak didik ke arah yang positif.

Nama SMK Jelai Felda yang dahulunya sinonim dengan masalah sosial, kini berubah menjadi sebuah sekolah yang terbilang hasil kejayaan gemilang ICT di peringkat Kebangsaan. Program utama ICT seperti PBL. ThinkQuest, Imarah Masjid Melalui ICT, Surau Berteknologi Tinggi, WIFI seluruh kawasan sekolah, Program 1 Guru 1 laptop, Anjung Cyber, TV Media, CCTV, Portal Score A, group e-mail dan pelbagai program lagi, menjadi sebutan di kalangan masyarakat.

Kini, usaha meningkatkan penggunaan ICT beralih pula ke SMK Taman Tuanku Jaafar. Alhamdulillah, respon pelajar dan guru amat-amat memberangsangkan. kita sentiasa yakin , bahawa dengan usaha kuat dan kreativiti serta inovasi hebat dan bersungguh-sungguh, kita kan mampu melakar kejayaan seperti di SMK Jelai Felda. Buat permulaan, seluruh kawasan sekolah telah di WIFIkan. Kursus pembinaan dan pemurniaan Blog juga telah dilaksanakan. Kumpulan LENSA yang merakamkan segala peristiwa sudah beraksi hebat...semua ini merupakan petanda kita akan mencipta kejayaan. InsyAllah...

Fasa kedua selepas cuti, kita akan bergerak ke arah menjadikan P & P di dalam kelas berbantukan ICT pada tahap maksimum. Segala kemudahan asas dan infra telah disediakan agar para guru mudah dan selesa menggunakan ICT di dalam kelas...

Untuk PBL dan ThinkQuest..kita akan menghantar sekumpulan pelajar dan guru menuntut ilmu di SMK Jelai Felda pada minggu kedua Jun 2011 ini bagi membolehkan kita bersama-sama dengan mereka bersaing ke peringkat tertinggi...

Program 1 Guru 1 laptop juga telah dilancarkan dan telah mencapai tahap 90 %. Usaha meningkatkan kemudahan LCD, laptop dan komputer juga sedang dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Potensi di sekolah ini amat hebat. Ayuh..seluruh warga SMK TTJ...kita gegarkan negeri ini dengan kehebatan ICT kita...!

Terima kasih sekali lagi buat semua warga SMK jelai Felda...buat guru-guru..pelajar...PIBG dan masyarakat Felda Jelai yang benar-benar menyakini bahawa ICT mampu merubah imej dan wajah warganya di Felda in...i

0 comments:

Post a Comment

Never Give Up-

STEPHEN COVEY- 10/90 PRINCIPLE