ICT sebagai watak sekolah

Memang tidak ramai yang mengambil ICT sebagai watak sekolah. Watak atau 'kebitaraan' atau 'niche area' , selalunya kita dengar ada pada sekolah-sekolah yang hebat. Sekolah SBP, Kluster atau Sekolah Berprestasi Tinggi. Kebiasaannya, sekolah begini aalah terdiri daripada sekolah-sekolah berasrama penuh atau sekolah Elite atau sekolah kawalan, yang mana pelajarnya adalah terdiri daripada pelajar terpilih dan bijak . Dalam pemilihan watak sekolah ini juga biasanya mereka mengambil bidang sukan atau kebudayaan seperti bolasepak, ragbi, tarian atau pancaragam untuk dijadikan watak sekolah mereka.

Namun bagi saya ketika berada di SMK Jelai Felda, saya merancang dan berpakat dengan pengurusan dan guru ICT untuk menjadikan ICT sebagai salah satu watak sekolah tersebut, Ada beberapa sebab kenapa kita memilih ICT sebagai watak sekolah. Antaraktoranya ialah:

1. Disebabkan faktor kewangan: Saya menyatakan kepada guru-guru, bahawa kita tidak mampu menyediakan kemudahan wang yang banyak untuk membeli peralatan atau pakaian 'costume' seperti alat muzik yang sudah pasti akan memakan kos sekitar RM100 000;00. Bagi kita di sekolah yang berada di kawasan Felda dan jauh dari bandar, ini memang menjadi satu kesukaran. Justeru kita memilih ICT yang ternyata murah dan mudah.

2. Faktor kedua ialah kita mencari watak yang bukan sahaja kosnya murah tetapi juga mudah dan mampu membawa kith teta pergi jauh... sejauh ke peringkat antarabangsa! ICT lah yang mampu membantu cita-cita kita tersebut. Melalui pertandingan portal ThinkQuest bukan sahaja kita telah berjaya menjadi johan peringkat Kebangsaan, malah telah menyertai pertandingan yang dijalankan di peringkatan antarabangsa!

3. Kepakaran dalam bidang ICT yang dimiliki faktpr mendoromh sekolah berkenaan juga adalah juga menjadi faktor ke arah tersebut. Sekolah berkenaan selain telah mempunyai sejarah yang kejayaan yang hebat di dalam ICT, ia juga mempunyai ramai guru-guru
yang mahir ICT, Ada yang menjadi jurulatih utama di dalam ICT.

4. Selain itu kita melihat bahawa ICT ini adalah sebagai satu cara bagi kita mempromosikan sekolah dengan mnyebarkan setiap aktiviti sekolah melalui blog, facebook atau web sekolah. Melaluinya diharapkan segala cerita negatif yang sering dikaitkan dengan sekolah ini , akan hilang dan dilupakan orang . Sebaliknya, cerita =cerita kejayaan dan kehebatan sekolah ini akan lebih didengari oleh masyarakat.

Justeru itu berapa langkah telah diambil bagi memastikan visi ini tercapai:

1. Memasang streamyx dan WIFI di seluruh kawasan sekolah
2, Memulakan dasar P & P berbantukan komputer sekurang-kurangnya 2 waktu seminggu bagi semua guru.
4. Menetapkan dasar pemantauan P % P wajib menggunakan ICT sebagai pra -syarat untuk lulus (80% )
5. Memulakan dasar untuk program mobilekan LCD/ lap top di mana alatan ini akan diagihkan-agihkan kepada ketua bidang dan guru yang ingin menggunakannya boleh meminjam daripada ketua bidang, Alatan ini akan dikembalikan kepada ketua Bidang setelah digunakan bagi kemudahan penggunaan oleh guru lain pula.

0 comments:

Post a Comment

Never Give Up-

STEPHEN COVEY- 10/90 PRINCIPLE