Bolasepak Malaysia Perlukan Pemikiran Baru...

Saya teringat semasa Jepun memulakan era profesional dahulu iaitu sekitar tahun 80an.. Selepas Piala Dunia 1986, mereka membawa masuk pemain-pemain bertaraf bintang Piala Dunia dari Brazil. Walaupun agak berumur, namun kualiti dan taraf permainan mereka amat tinggi. Mereka juga menumpukan corak permainan kepada corak Brazil. Jurulatih kelab dan negara mereka juga dari Brazil...Setelah pasukan mereka agak mantap , mereka mengadunkan pula dengan corak permainan Eropah dengan membawa pula ramai pemain dari Eropah ke liga mereka. dari siru, mereka mengadunkan kemahiran ala Brazil dan kepantasan serta kelasakan permaianan Eropah..sehingga menajdikan permainan mereka berkembang begitu hebat. mereka juga memasukkan lebih daripada 2 pemain di dalam pasukan supaya dapat mengimbangkan kemahiran tempatan dan pemain import. Dengasn bilangan pemain yang lebih di dalam pasukan pada satu-satu permainan , sudah pastilah corak permaianan akan lebih menarik, pemaian import dapat bermain dengan mudah dan baik serta pemain tempatan mereka dapat belajar dan bersaing untuk merebut tempat di dalam pasukan. keadaan ini berbeza sekali dengan liga Malaysia. Dengan hanya 2 pemain, kebiasaan seorang di pertahanan dan seorang penyerang, apakah impak yang mampu mereka berikan di dalam menrubah corak permainan pasukan. Pemaintempatan tetap selesa dengan kedudukan mereka , kerana dengan hanya 2 pemain import, ada 9 kekosongan tempat di dalam pasukan..jadi apa perlunya mereka berasa tergugat dan apakah yang dapat mereka pelajari daripada pemain import ini. lihatlah di Singapura dan Filipina. Bagaimana kesan dan pengaruh pemain import mereka yang kuat, hasil daripada bilangan yang dibenarkan bermain lebih ramai. Ramai pemain tempatan seperti di Singapura yang begitu tinggi kualiti permainan mereka berbanding di Malaysia. Saya fikir , bolasepak malaysia memerlukan pemikiran dan paradigma baru...

0 comments:

Post a Comment

Never Give Up-

STEPHEN COVEY- 10/90 PRINCIPLE