REFEREE LAH YANG SALAH.....

REFEREE LAH YANG SALAH.....

Inilah budaya dan sikap pemimpin sukan bolasepak di Malaysia yang tidak pernah berubah....Apabila sesuatu keputusan tidak menyebelahi pasukan mereka, orang yang paling mudah dan seronok untuk dipersalahkan ialah PENGADIL  atau Referi!

Sebabnya amat mudah, Pengadil tidak punyai peluang dan ruang utnuk membalas balik segala tomahan dan tuduhan. Apalagi apabila yang menyerang mereka adalah terdiri daripada pegawai atasan pasukan yang berpangkat besar atau ada 'Tiltle' yang merasakan dirinya tidak berani disentuh oleh FAM.

Sesuatu yang melucukan juga apabila Menteri Sukan juga turut tertarik untuk masuk campur dan menambah garam ke dalam isu yang sebegini. Ini semua kerana apabila isu itu menyentuh pegawai pasukan yang berkedudukan tinggi, pak Menteri pun masuk campur seolah-olah cuba tumpang publisiti sama. Walhal, sepatutnya , Pak Menteri menjadi orang tengah dalam mendamaikan persengketaan dan bukannya sebagai orang yang menyebelahi sesaorang pegawai pasukan semata-mata kerana kedudukan pegawai tersebut.

Pengadil memang tidak semuanya betul. Pengadil tidak maksum di dalam padang. Pengadil samalah seperti para hakim yang membuat keputusan berdasarkan undang-undang yang diperuntukan di dalam buku undang-undang bolasepak. Samalah juga seperti para hakim dan penguatkuasa lain yang membuat keputusan dan kerapkali juga dipertikaikan oleh orang ramai. Pengadil bolasepak menilai sesuatu insiden dengan sekelip mata dan membuat keputusan juga dengan sekelip mata! Tidak seperti para hakim yang mencatat kenyataan, mengkajinya dan membuat keputusan pada beberapa hari yang lain. Ternyata para pengadil lebih hebat daripada hakim..!

Kita juga tidak menghalang kenyataan-kenyataan mereka yang meminta agar mutu pengadil dilihat semula dan dipertingkatkan. Para pengadil perlu sentiasa mencapat tahap yang tinggi dari semasa ke semasa. Namun untuk meletakkan setiap kesalahan dan kegagalan pasukan kepada pengadil, amatlah tidak wajar dan tidak matang.

Sebaiknya, FAM meletakkan syarat bahawa setiap pengedali pasukan bilasepak di Malaysia ini mestilah mempunyai pengetahuan asas di dalam undang-undang permainan. mungkin para pengurus pasukan dan pengurusan kelab diwajibkan mengikuti kursus undang-undang bolasepak sebelum mereka layak memegang jawatan tersebut.

Kalau kita lihat perbezaan bolasepak Malaysia dan luar negara adalah kebanyakkan pengendali pasukan bolasepak kita adalah terdiri daripada orang politik, orang istana dan koperat yang tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman khusus di dalam bolasepak. Ambil contoh di England. Hampir semua pengurus pasukan adalah bekas pemain atau orang yang terlibat langsung di dalam bolasepak. Mereka adalah orang yang profesional yang mengutamakan peningkatan mutu permainan pasukan berbanding mencari salah orang lain.

Sepatutnya, pengurusan pasukan menilai pencapaian pasukan mereka sendiri, sisitem latihan oleh jurulatih, sikap dan mentaliti pemain, kualiti jurulatih dan disiplin di dalam pasukan. Inilah antara ktreteria kecemerlangan pasukan yang agak kurang dimiliki oleh pasukan-pasukan bolasepak di Malaysia ini.

Sejarah pengurusan pasukan menyalahkan pengadil sebagai punca kekalahan ini sudah bermula sejak dahulu lagi. Semasa era semi pro dahulu iaitu sekitar tahun 80 an dan awal 90an, memang sudah dimaklumi oleh para pengadil ketika itu beberapa nama pengurusan pasukan yang angkuh dan berlagak yang seringkali menyalahkan pengadil. Mereka ini kadangkala melayan pengadil seumpama 'budak suruhan ' mereka dan memandang hina para pengadil.

Keadaan ini berbeza dengan sikap pegawai di negara-negara luar yang gah di dalam bolasepak. pengalaman penulis sendiri semasa mengadili perlawanan di Jepun, para pengadil amat disanjung oleh para penonton dan pegawai pasukan. Para penonton memberikan tepukan gemuruh apabila disebut nama poengadil dari Malaysia. Pernah seorang pegawai bertaraf Naib Presiden JFA, sanggup datang ke bilik persalinan mengucapkan terima kasih kepada kami dan membantu menyelesaikan masalah rakan pengadil ketika itu dengan menelefon pegawai JFA yang bertanggungjawab dengan menggunakan telefonnya sendiri ketika itu juga... yang pastinya , situasi dan sikap begini tidak akan pernah berlaku di kalangan pegawai pasukan atau persatuan bolasepak kita di Malaysia  ini.




0 comments:

Post a Comment

Never Give Up-

STEPHEN COVEY- 10/90 PRINCIPLE