Aidil Fitri Datang Lagi - Tapi Bonus tiada lagi!

Aidil Fitri datang lagi dengan membawa seribu kenangan dan peristiwa. Aidil Fitri menandakan berakhirnya Ramadan yang penuh dengan keberkatan dan amal ibadah yang jarang dilakukan dalam bulan-bulan lain. Semoga segala amalan akan berkekalan selepas tamatnya Ramadan dan berterusan ke bulan-bulan yang lain.

Syawal membawa makna yang banyak. Syawal menandakan kejayaan melawan hawa nafsu dan perangai buruk kita di sepanjang bulan-bulan lain. Syawal seharusnya disambut dengan penuh keriangan di samping mengambil kesempatan merapatkan hubungan sesama insan khususnya saudara mara dan teman handai. Peluang juga untuk memohon keampunan di atas segala kesalahan yang dilakukan dan sesuai untuk melupakan segala sengketa. Namun kita harus tidak lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik,

Pada tahun ini juga merupakan tahun pertama selepas beberapa tahun kakitangan awam tidak menerima bonus sempena hari raya. Bertuahlah kepada kakitangan sokongan yang menerima bantuan RM500.00. Bagi golongan profesional dan pengurusan ini sudah pasti menimbulkan rungutan! Banyak rungutan diterima oleh golongan ini yang ternyata tidak berpuas hati. Hal ini diakui oleh Quepacs yang menerima banyak rungutan daripada mereka. Ketika ini , kelihatan kerajaan banyak mengutamakan kumpulan ini berbanding kumpulan profesional dan pengurusan. Ketika diumumkan kenaikan gaji beberapa tahun lalu, kumpulan ini hanya menerima kenaikan 15 % berbanding kumpulan sokongan yang mendapat sehingga 35%, Mereka yang kebanyakannya terdiri daripada pegawai DG41, DG 44 dan DG48. Dengan keadaan ini ada sebahagian daripada mereka mendapat gaji yang rendah berbanding mereka di dalam kumpulan sokongan sedangakan mereka ini adalah lulusan berijazah!.

Dengan keadaan ekonomi yang semakin teruk ini dan peningkatan harga barangan , pemberian bonus sudah pasti akan banyak membantu mereka. Mungkin kerajaan boleh memikirkannya ketika pembentangan baudget pada bulan oktober nanti!

Namun daripada pemerhatian, nampaknya masyarakat Melayu khususnya tidak menampakan kesan yang nyata kepada keadaan ekonomi ini. Rata-ratanya mereka terus berbelanja besar untuk sambutan perayaan ini. Cuma kita khuatir golongan pertengahan dan bawahan ini akan mula merasai kesannya sejurus tamatnya musim perayaan nanti...!

1 comments:

Anonymous said...

Pada pandangan saya,ini bukanlah satu tindakan yang bijak. memberi kepada satu golongan dan pada masa yang sama menimbulkan ketidakpuasan hati golongan yang lain.Apa salahnya memberi kepada semuanya sekali? Atau memberi kurang sedikit kepada golongan Pengurusan dan Profesional?

Soal berbelanja besar ketika musim perayaan, saya terpaksa bersetuju kerana ketika inilah pelbagai diskaun/tawaran menarik yang menguntungkan pengguna diperolehi - asalkan perbelanjaan tersebut sememangnya mustahak dan benar-benar diperlukan, bukan hanya kerana menurut nafsu atau semata-mata untuk perayaan sahaja.

Post a Comment

Never Give Up-

STEPHEN COVEY- 10/90 PRINCIPLE