LIGA BOLASEPAK-DISWASTAKAN...!

AKHIRNYA...Liga Malaysia hendak diswastakan...
Reaksi pertama saya ialah, ia sepatutnya sudah dilakukan sejak lama dahulu lagi. Malaysialah satu-satunya negara yang sudah hampir 2o tahun menjalankan liga bolasepak profesional, tetapi masih mengekalkan konsep amatur! Persatuan bolasepak masih diberikan subsidi atau dana untuk menguruskan pasukan, tidak boleh memilih penaja sendiri dan mesti akur dengan tajaan oleh FAM dan pengurusannya bersifat amatur!

Saya pernah bertanya kepada seorang pengurus pasukan liga Malaysia suatu masa dahulu. Jika sesaorang ingin berniaga dengan modal RM4 Juta, apakah jenis perniagaan yang akan dijalankannya? Sama ada berbentuk kedai runcit atau supermarket? Beliau menjawab, "sudah tentulah supermarket!". Saya jawab, "Betul!, tetapi malangnya kita menguruskan pasukan bolasepak kita yang mempunyai badget RM2 juta, RM4 juta, sama seperti kita menguruskan kedai runcit!

Bolasepak mestilah dianggap sebagai suatu perniagaan dan buka lagi sebagai aktiviti sosial dengan sasaran selain daripada mendapatkan keuntungan! Bolasepak memerlukan ahli koperat atau golongan peniaga yang komited untuk memastikan bolasepak sebagai perniagaan yang menguntungkan. Justeru itu, bolasepak tidak boleh diuruskan oleh orang politik atau pegawai kerajaan yang tidak boleh memberikan komitmen 100% kepada pasukan. Ia seharusnya diuruskan oleh peniaga yang benar-benar tulen dan dapat memastikan keuntungan! Cuba kita lihat pasukan ternama dunia khususnya kelab-kelab di Eropah atau Jepun, Korea. Bagi mereka bolasepak adalah suatu perniagaan dan untuk memastikan ianya menguntungkan, faktor kualiti pemain, pemasaran, promosi dan usaha menarik seberapa ramai penonton dan pelabur untuk melabur demi kemajuan pasukan , hendaklah menjadi fokus pengurusan pasukan. Elemen-elemen lapuk seperti kebimbangan ketiadaan anak negeri bermain dalam pasukan , seharus tidak timbul lagi di dalam era profesional. Yang utama adalah, adakah pemain itu berkeupayaan memberikan keuntungan kepada pasukan. Begitu jugalah dengan pengurusan. Mereka yang gagal, seharusnya disingkirkan tanpa mengira siapa!

Kita berasa amat malu dengan prestasi bolasepak negara yang semakin megah dengan liga profesionalnya, tetapi semakin jauh ketinggalan! Saya pernah berjumpa dengan seorang Naib Presiden Jepun (JFA) yang merupakan bekas pengarah di syarikat Toyota! Melihat cara beliau berurusan, amat jauh bezanya dengan Naib Presiden FAM yang lebih bersifat seperti pegawai tinggi kerajaan yang sarat dengan protokol dan berdarjat tinggi! Beliau begitu merendah diri dan sanggup turun menyelesaikan masalah yang timbul tanpa ada protokol yang sarat. Kita juga mahukan pegawai yang begini yang lebih bersifat mesra pelanggan berbanding pegawai yang bersifat 'tuan besar' yang mahu semua orang patuh kepada kehendaknya.

Sudah sampai masanya pasukan negeri diberikan kebebasan menjalankan aktiviti aktiviti menjana pendapatan tanpa kongkongan FAM. Pasukan negeri juga harus mengambil iktibar daripada kejayaan Piala Dunia USA 94. Ketika orang ramai khuatir kejohanan itu akan mengalami kerugian, USA membuktikan dengan kebijaksanaan mereka memanipulasi minat warga Amerika terhadap artis mereka, kejohanan itu menjadi kejohanan paling menguntungkan!

Soalnya kenapa kita tidak berfikiran seperti orang Amerika!
Adakah pemimpin pasukan negeri,dan FAM mahu berubah!

0 comments:

Post a Comment

Never Give Up-

STEPHEN COVEY- 10/90 PRINCIPLE