NASIB PENUNGGANG MOTOSIKAL

Kemalangan jalanraya yang melibatkan kematian penunggang motosikal saban tahun amat membimbangkan dan menyedihkan. Sehingga hari ini sahaja sudah 192 orang terkorban di jalanraya! Lebih 80% mangsa adalah penunggang dan pembonceng motosikal.

Satu persoalan yang timbul ialah, adakah kempen dan juga tidakan yang dibuat oleh pihak berwajib untuk mengatasi masalah ini sudah cukup untuk menghalang lebih banyak korban di kalangan penunggang motosikal? Terfikir juga, jika penunggang motosikal masih terpaksa bertarung dengan kenderaan yang lebih besar di jalanraya terutamanya di Lebuhraya, adakah jaminan, jumlah korban akan dapat dikurangkan. Perlukah , kerajaan menyediakan ruang khas untuk mereka di semua lebuhraya dan jalan persekutuan agar mereka lebih selamat? Saya kira , sudah sampai masanya kerajaan memikirkannya dengan serius!

Di samping itu pendekatan di dalam mendidik penunggang motosikal kita agar lebih bersopan di jalanraya perlukan anjakan paradigma yang tegas! Pendedahan terhadap aksi rempit di dalam filem, iklan dan apa sahaja aktiviti hendaklah dihapuskan. Aktiviti merempit perlu dianggap sebagai suatu yang keji, dan berdosa dan dianggap sama tarafnya dengan penyalahgunaan dadah atau cubaan membunuh diri! Tindakan tegas adalah dituntut kerana negara kerugian tenaga muda yang habis begitu sahaja! Pendekatan agama adalah kaedah paling berkesan dalam mendidik mereka. Malangnya , banyak pihak tidak begitu yakin! Inilah masalahnya!

Kita berharap agar sesuatu yang lebih konkrit dalam mengatasi masalah ini perlu diambil tindakan segera oleh pihak kerajaan. Jangan sampai kita beterusan mengira jumlah kematian di kalangan mereka ini saban tahun tanpa tindakan yang benar-benar jitu!

0 comments:

Post a Comment

Never Give Up-

STEPHEN COVEY- 10/90 PRINCIPLE